FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


CIPTA Jana Inovasi, Tingkat Kualiti Celik Teknologi


 


 June 9th, 2023  |  10:46 AM  |   58 views

BERAKAS

 

Pertandingan Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota mampu menjana inovasi sekali gus ia bertindak sebagai dorongan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat yang celik teknologi serta melahirkan bakat yang kreatif dan berinovasi, berkemahiran dalam bidang sains dan teknologi untuk ke arah ekonomi yang makmur dan mampan.

 

Perkara tersebut diucapkan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB), Datin Paduka Profesor Dr. Dayang Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman semasa menyembahkan ucapan alu-aluan pada Majlis Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota 2023 berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, hari ini.

 

Dalam sembah aluan-aluannya, Naib Censelor UTB seterusnya menjelaskan bahawa jumlah penyertaan CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota 2023 adalah sama seperti CIPTA 2021, di mana 68 penyertaan telah diterima termasuk tujuh dari ASEAN.

 

“Hanya 48 projek telah maju untuk pusingan penghakiman akhir. Kategori 2 iaitu mengubah suai produk, proses atau teknologi sedia, adalah merupakan penyertaan yang ramai berbanding dari kategori lain. Manakala projek-projek yang ditandingkan adalah SDG 4 (pendidikan berkualiti), 6 (air bersih dan sanitasi), 7 (akses kepada kemampanan dan tenaga bersih), 9 (industri, inovasi dan infrastruktur), 11 (bandar dan komuniti yang mampan) dan 13 (tindakan iklim)," sembah Datin Paduka Profesor Dr. Dayang Hajah Zohrah lagi.

 

Terdahulu, dalam sembah alu-aluan, Naib Canselor UTB memaklumkan bahawa Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota bermula sejak tahun 2005 dan merupakan majlis ke-10 yang dianjurkan oleh UTB dan Syarikat Brunei LNG Sendirian Berhad sebagai rakan kongsi dan penaja utama sejak tahun 2011.

 

“Disembah maklumkan bahawa Majlis Anugerah CIPTA 2023 akan diteruskan dengan Seminar CIPTA selama tiga hari mulai esok, di mana para hakim, pemenang CIPTA, industri dan sektor yang berkepentingan akan membincangkan mengenai hala tuju, inovasi dan reka cipta. Seminar CIPTA juga merupakan aktiviti di bawah Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei atau Brunei MYCE," tambahnya lagi.

 

Naib Censelor UTB seterusnya menyembahkan bahawa tema bagi Anugerah CIPTA 2023 ialah inovasi untuk matlamat pembangunan mampan atau 'Innovations for Sustainable Development Goals'.

 

“Alhamdulillah, masyarakat global telah banyak mendapat manfaat daripada pertumbuhan pesat inovasi dan ciptaan teknologi. Di sebalik pertumbuhan ini, dunia hari ini masih menghadapi cabaran dalam melindungi planet dan memastikan sumber yang mampan bagi keperluan penduduk global," tambahnya lagi.

 

UTB, sembahnya, dalam kapasitinya sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi di Negara Brunei Darussalam, menerima tanggungjawabnya untuk menyokong penyelidikan dan pembangunan secara konsisten sebagai mekanisme untuk mempromosikan inovasi dan reka cipta di dalam dan di luar negara.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06