FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Program Rehlatul Ukhuwah Penerangan Dekati Penduduk Mukim Sukang


 


 June 9th, 2023  |  10:48 AM  |   71 views

MUKIM SUKANG

 

Jabatan Penerangan selaku agensi peneraju (lead agency), melalui pelaksanaan Program Rehlatul Ukhuwah Penerangan terus berusaha untuk mendekati rakyat dan penduduk di negara ini tidak mengira kawasan bandar mahupun pedalaman.

 

Rombongan program berkenaan berkesempatan ke Rumah Panjang Buau dan Rumah Besar Sukang, di Mukim Sukang, Ulu Belait, menjadi tumpuan program itu, hari ini.

 

Program Rehlatul Ukhuwah Penerangan bermaksud 'Perjalanan Persaudaraan Penerangan' dengan menggunakan pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation itu disertai oleh lebih daripada 100 orang yang mewakili agensi-agensi kerajaan dan swasta selaku rakan strategik Jabatan Penerangan.

 

Mengetuai rombongan ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah.

 

Turut hadir, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman, selaku Penghulu Mukim Bukit Sawat dan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, selaku Ketua Kampung Bukit Sawat dan Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini serta Ketua-ketua Rumah Panjang di Mukim Sukang.

 

Kedatangan rombongan di lokasi pertama, Rumah Panjang Buau dialu-alukan oleh Ketua Rumah Panjang Buau, Awang Bundak anak Ambas sementara di lokasi kedua Rumah Besar Sukang dialu-alukan oleh Awang Haji Mohd. Noh bin Datu Maharaja Setia Dian dan penduduk kampung berkenaan.

 

Semasa berucap pada program tersebut, Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman menjelaskan, Program Rehlatul Ukhuwah dahulunya dikenali sebagai Program Menyusur Mukim dan Kampung dan sebelum ini hanya dikhususkan bagi Jawatankuasa Perhubungan Awam Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan bertujuan untuk mendekati rakyat dan penduduk di negara ini.

 

Program seumpama ini tambahnya masih kekal relevan meskipun dalam zaman teknologi canggih masa kini dan Jabatan Penerangan masih mengekalkan pelaksanaan pelbagai program jangkauan yang bersifat sua muka dan akan terus meneliti program-program jangkauan seperti ini yang masih perlu dilaksanakan terutamanya di kawasan-kawasan kampung pedalaman.

 

Antara perisian program ialah penyerahan Sudut Penerangan yang memuatkan bahan-bahan terbitan Jabatan Penerangan selaras dengan visinya ke arah 'Membudayakan Masyarakat Bermaklumat' dan juga bahan-bahan terbitan daripada agensi-agensi kerajaan yang lain disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Penerangan.

 

Selain itu juga diteruskan dengan penyampaian Potret Wajah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

 

Para penduduk setempat juga diberikan beberapa taklimat antaranya mengenai Kesan Negatif Perubahan Iklim; 'Meningkatkan kesedaran dan kerjasama ke arah meminimumkan kesan dan risiko iklim' oleh Sekretariat Perubahan Iklim Brunei.

 

Selain itu, Taklimat Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor) dari Kementerian Kesihatan dan Jabatan Radio Televisyen Brunei memyampaikan mengenai Penerimaan Siaran Digital serta taklimat daripada pihak Pusat Da'wah Islamiah, Unified National Networks dan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI).

 

Para penduduk di kedua-dua buah kampung itu juga berpeluang berdialog bersama agensi- agensi kerajaan yang antaranya berkaitan dengan prasarana, kemudahan awam dan lainnya.

 

Agensi-agensi yang menyertai program ini termasuk dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kesihatan; Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Kementerian Pembangunan; Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Jabatan Daerah Belait; Jabatan Kerja Raya; Jabatan Perkhidmatan Pos; Pusat Da'wah Islamiah; Jabatan Radio Televisyen Brunei dan jabatan-jabatan yang berkaitan.

 

Program Rehlatul Ukhuwah Penerangan merupakan platform komunikasi dua hala di antara pihak kerajaan, NGO dan pihak swasta dengan rakyat dan penduduk bagi meningkatkan kefahaman mengenai inisiatif kerajaan, NGO serta swasta mengenai pembangunan negara di samping sama-sama meningkatkan penyelesaian isu-isu yang dihadapi oleh penduduk kampung.

 

Masyarakat kampung-kampung berkenaan menyambut baik program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan sebagai platform berdialog dan bertukar pandangan dalam usaha ke arah kemajuan dan kesejahteraan kampung dan juga Negara Brunei Darussalam.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06