Home > Bahasa Melayu
Lawatan Ketahui Fungsi KHEU
June 9th, 2023 | 10:51 AM | 104 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, hari ini, menerima kunjungan hormat daripada Islamic Religious Advisor to Chief of the Defence Staff and Service Chiefs, United Kingdom, Imam Asim Hafiz OBE MA, yang dalam rangka lawatan ke negara ini dari 6 hingga 7 Jun 2023, baru-baru ini.
Kunjungan hormat tersebut diadakan di Bilik Dhiyafah, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Jalan Dewan Majlis.
Imam Asim Hafiz OBE MA diiringi oleh Tuan Yang Terutama John Virgoe dan CAPLE MSc Royal Navy, Captain Jonathan dan Royal Air Force, United Kingdom, Sgt Wazeeha Laher.
Hadir sama pada kunjungan hormat tersebut, Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang.
Islamic Religious Advisor to Chief of the Defence Staff and Service Chiefs United Kingdom, Imam Asim Hafiz OBE MA mengadakan lawatan ke negara ini adalah bertujuan untuk ingin mengetahui fungsi KHEU dalam memperkembangkan perkhidmatan hal ehwal ugama Islam di Negara Brunei Darussalam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]