FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


3 Kategori Pameran Bertemakan Inovasi, Kreativiti, Teknologi


 


 June 9th, 2023  |  10:53 AM  |   160 views

BERAKAS

 

Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota untuk tahun ini merupakan kali ke-10 anjuran bersama Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Syarikat Brunei LNG Sendirian Berhad dengan membawakan tema 'Inovasi untuk Matlamat Pembangunan Mampan' atau 'Innovations for Sustainable Development Goals'.

 

Pameran CIPTA 2023 yang diketengahkan mempunyai tiga kategori utama, iaitu Kategori Tempatan, Kategori Smart Junior dan Kategori ASEAN.

 

Kategori Tempatan terdiri daripada tiga kategori, iaitu Kategori 1, Penciptaan produk, proses atau teknologi baharu; Kategori 2, Pengubahsuaian produk, proses atau teknologi sedia ada, dan Kategori 3, Penciptaan produk, proses atau teknologi baharu atau pengubahsuaian produk, proses atau teknologi sedia ada bagi pencipta muda.

 

Sementara Kategori Smart Junior dibukakan untuk para pelajar sekolah menengah rendah, bersamaan Tahun 7 hingga Tahun 9, manakala Kategori ASEAN dibahagikan kepada dua sub-kategori iaitu Kategori Ciptaan dan Inovasi Baharu serta Kategori Pencipta Muda.

 

Setiap penyertaan dinilai berdasarkan kreativiti dan pembaharuan; penggunaan produk akhir, pertimbangan reka bentuk sosial, ekonomi, mampan dan laporan serta pembentangan projek.

 

Pertandingan Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota mampu menjana inovasi, sekali gus bertindak sebagai dorongan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat yang celik teknologi serta melahirkan bakat yang kreatif dan berinovasi, berkemahiran dalam bidang sains dan teknologi untuk ke arah ekonomi yang makmur dan mampan.

 

Pertandingan merangkumi kesemua bidang sains, teknologi dan kejuruteraan tersebut dan dibukakan kepada semua sekolah, institusi teknikal dan vokasional, institusi tinggi, organisasi kerajaan dan swasta dan orang awam pada awal tahun ini.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06