FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat Mengurniakan Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota 2023


 


 June 9th, 2023  |  10:54 AM  |   124 views

BERAKAS

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan juga selaku Pro-Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB) berkenan berangkat menyempurnakan pengurniaan Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota 2023 berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, hari ini.

 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah, di sini, dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh; Naib Canselor UTB, Datin Paduka Profesor Dr. Dayang Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Brunei LNG Sendirian Berhad, Dayang Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib.

 

Turut hadir pada majlis tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad yang juga selaku Pemangku Timbalan Pengerusi Majlis; Peguam Negara, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa dan Timbalan Menteri, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw.

 

Sejurus keberangkatan tiba, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

 

Kemudian, acara diteruskan dengan sembah alu-aluan daripada Naib Canselor UTB dan diikuti dengan persembahan multimedia dan pengaktifan mekanisme Piala CIPTA.

 

Pertandingan dwitahunan itu, yang dilancarkan pada tahun 2005, telah dianjurkan oleh UTB dengan Brunei LNG Sendirian Berhad sebagai rakan kongsi dan penaja. CIPTA ialah akronim untuk 'Creative, Innovative Product dan Technological Advancement'.

 

Objektif pertandingan adalah untuk memberi inspirasi kepada belia dan orang ramai untuk membangunkan produk kreatif, proses atau teknologi untuk aspirasi negara dan untuk menggalakkan ciptaan dan inovasi, juga untuk mengiktiraf dan menganugerahkan bakat kreatif.

 

Untuk menggalakkan penyelidikan dan pembangunan, untuk menggalakkan proses pembuatan dan pembangunan produk teknologi, untuk menerapkan budaya sains, kejuruteraan dan teknologi kepada belia dan orang awam di Negara Brunei Darussalam (NBD) dan untuk memupuk hubungan kerjasama antara NBD dan rantau ASEAN.

 

Setelah itu, penerangan ringkasan penilaian keseluruhan daripada juri-juri CIPTA 2023 yang disampaikan oleh Ketua Bersama, Technical Committee, Pengiran Dr. Rafidah binti Pengiran Haji Petra dan kemudiannya pengumuman projek-projek yang menang.

 

Pada majlis itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota selaku Penaung Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota 2023 berkenan mengurniakan hadiah berupa wang tunai, piala dan sijil kepada semua peserta pertandingan iaitu Local Categories 1, 2 dan 3, Smart Junior Competition dan Kategori ASEAN.

 

Pada pertandingan kali ini, CIPTA 2023 telah menerima sebanyak 68 penyertaan di mana 48 penyertaan telah diterima selepas penilaian pertama, yang dinilai oleh Jawatankuasa Teknikal CIPTA 2023 dari segi keaslian dan kelayakan yang berdasarkan kepada kategori yang disertai. Setelah penarikan diri dan hilang kelayakan, beberapa peserta, sejumlah 48 penyertaan telah ikut serta dalam pertandingan akhir.

 

Bagi Local Category One iaitu Ciptaan Produk, Proses atau Teknologi Yang Baharu, tidak ada pemenang pertama, kedua dan ketiga pada kategori, manakala bagi Local Category Two iaitu Pengubahsuaian Produk, Proses atau Teknologi Sedia Ada, pemenang tempat kedua dimenangi oleh Projek 'A Sustainable and Immersive Experience of Simulation Training Platform in Agriculture Using Extended Reality (XR) Technology' hasil ciptaan Dayang Sarinah binti Ziziumiza dan Dayang Nursheila binti Ziziumiza dari Rumine Corporation. Tidak ada pemenang tempat pertama dan ketiga bagi kategori ini.

 

Seterusnya, tidak ada pemenang pertama, kedua dan ketiga bagi Local Category Three iaitu Ciptaan Baharu atau Pengubahsuaian Produk, Proses atau Teknologi yang Sedia Ada bagi Pencipta Muda.

 

Manakala bagi Smart Junior Competition, tempat ketiga dimenangi oleh Projek Mamoru : Accident Prevention Motorcycle Helmet di mana ahli-ahli projek ini ialah Awang Muhammad Iman Danial bin Haji Awang dan Awang Danial Batrish Moksin bin Abdullah bersama penyelia mereka, Pengiran Abdul Raub bin Pengiran Haji Ghani dari Sekolah Menengah Berakas. Bagi kategori ini, tidak ada pemenang pertama dan kedua.

 

Kemudian bagi pemenang ASEAN New Invention and Innovation Category, tempat ketiga dimenangi oleh Projek Microbubble Generator for Aquaculture Aeration and Mixing, ciptaan Assoc. Prof. Poo Balan A/L Ganeson, Goo Wei Hoon dan Profesor Ramesh Singh A/L Kuldip Singh dari Universiti Malaya, Malaysia.

 

Bagi tempat kedua, dimenangi oleh BacColl : A Solution for Halal Collagen in Industries hasil ciptaan Dr. Azura binti Amid dan Faqihah binti Salleh dari International Islamic University Malaysia. Bagi kategori ini, tidak ada pemenang pertama.

 

Seterusnya, bagi ASEAN, Young Inventor Category, pemenang tempat ketiga dimenangi oleh TE-ALUM di mana ahli-ahli projek ini ialah Nur Insyirah binti Saidi, Muhammad Syafiq Haikal bin Shary Azhan dan Batrisya Balqis Angullia binti Ahmad Zahir bersama penyelia mereka, Salmi binti Abdullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara, Terengganu, Malaysia. Tidak ada pemenang pertama dan kedua bagi kategori ini.

 

Memandangkan pertandingan ini sangat berprestij, dengan ini, panel hakim telah sepakat dalam memutuskan bahawa, tidak ada pemenang yang layak menerima Piala Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota 2023 bagi pertandingan kali ini.

 

Selepas berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang, DYTM seterusnya menerima pesambah daripada Organising Committee of CIPTA 2023 yang disembahkan oleh pelajar Tahun 1, Product Design dari UTB School of Design, Awang Abdul Mu'izz Safiuddin bin Sherin yang telah mereka bentuk hadiah 'Royal'.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, DYTM juga berkenan untuk berinteraksi bersama para pemenang pertandingan dan sekali gus berkenan menyaksikan ciptaan masing-masing.

 

Bersempena dengan CIPTA 2023, The CIPTA 2023 Siri Seminar akan diadakan di Lecture Theater 2, UTB pada 9, 10 dan 12 Jun 2023. Seminar selama tiga hari itu akan menyaksikan CIPTA 2023 Executive Seminar dengan membawakan tema, 'Innovations for Sustainable Development Goals', kemudian, Presentations by Winners dengan membawakan tema, 'Spreading The Wining Vibes' dan CIPTA 2023 Forum bersama tema, 'Pave Way Forward with Stakeholders'.

 

CIPTA 2023 merupakan pertandingan CIPTA untuk kali yang ke-10 dengan membawakan tema, 'Innovations for Sustainable Development Goals (SDGs) dan tema ini telah dibangunkan bagi CIPTA 2023 untuk memberikan respons kepad Agenda 2030 malah ia juga selaras dengan visi NBD untuk memperkasakan Wawasan Brunei 2035.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06