Home > Bahasa Melayu
B8 Veteran Brunei Berentap Di Negeri Sembilan, Malaysia
June 10th, 2023 | 10:57 AM | 65 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan B8 Veteran Brunei hari ini berlepas meninggalkan negara bagi menyertai Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa 7 orang Sepasukan 11th Interact Recreation Club (IRC) Negeri Sembilan 2023 buat kali ketiga atas jemputan IRC Negeri Sembilan yang diadakan selama dua hari bermula 10 hingga 11 Jun 2023 di Arena IRC Negeri Sembilan, Malaysia.
Rombongan diketuai oleh Pengurus Pasukan, Awang Haji Rosli bin Haji Nadi dan Penolong Pengurus Pasukan, Awang Baharuddin bin Bahrun.
Sebanyak 16 pasukan mengikuti pertandingan tersebut terdiri daripada pasukan Penang Sport Club, Royal Selangor Club, AA Miami Florida USA, Nirajni FC Johor, BG Sport Club Maldives, Maldives Soccer Mates, MRM Selangor, Kelab Aman FC, Wahana FC Indonesia, Royal Sungei Juong Club, EX Selangor, PMJ Panthers Penang di mana Pasukan B8 Veteran Brunei ditempatkan dalam Group 'C' bersama MPKE Selangor, IRC Negeri Sembilan, SC Melaka.
Terdahulu satu majlis penyerahan jersi baharu kepada pasukan B8 Veteran Brunei disampaikan oleh Pengurus Pasukan B8 Veteran Brunei dan Penolong Pengurus Pasukan, di mana jersi-jersi ini ditaja oleh SSF Automobile, AS SAFA, H-SAF Securecomm Company dan Syarikat Nurul Arnie Enterprise.
Menurut Awang Haji Rosli, tujuan menyertai pertandingan berkenaan ialah untuk mengeratkan silaturahim, di samping untuk memberikan pendedahan kepada pemain-pemain negara bermain di peringkat antarabangsa dan menyerapkan semangat setia kawan sekali gus dapat menimba ilmu dengan pemain-pemain negara lain.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]