FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peluang Pesilat Remaja Bersaing Secara Sihat


 


 June 10th, 2023  |  10:59 AM  |   57 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Lebih 50 pesilat daripada lima buah pasukan menunjukkan kehebatan masing-masing untuk merebut juara dalam 13 acara di Pertandingan Pencak Silat Jemputan Sekolah Sukan 2023 bermula hari ini.

 

Lima buah pasukan berkenaan ialah Sekolah Sukan; Centre of Training Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum; Skim Pembangunan Brunei Muara; Skim Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Tutong dan Pertubuhan Gagak Hitam (PERGAH) Belait yang beradu tenaga selama dua hari di pertandingan yang berlangsung di Dewan Sekolah Sukan, Kampung Pulaie di sini.

 

Adapun acara yang dipertandingkan selama dua hari bermula 9 hingga 11 Jun berkenaan, iaitu Tanding Lelaki Kelas A – G; Tanding Perempuan Kelas A – D; serta Seni Tunggal Lelaki; dan Seni Tunggal Perempuan.

 

Sehubungan itu, perasmian pertandingan disempurnakan oleh Presiden Persekutuan Pencak Silat Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (PERSIB), Pengiran Haji Abdul Karim bin Pengiran Haji Metassan.

 

Ahli Jawatankuasa Penganjur pertandingan, Muhammad Ali-Rashid bin Haji Mohd Alipah dalam ucapan alu-aluannya menyatakan, pertandingan berkenaan merupakan kali kedua dianjurkan oleh Sekolah Sukan setelah tahun 2021 dan kagum dengan sambutan yang begitu memberangsangkan daripada para peserta.

 

"Walaupun kami dimaklumkan yang semua pasukan merasa masih belum cukup persiapan untuk bertanding namun masih terdapat seramai 53 orang pesilat menunjukkan semangat perjuangan yang tinggi dengan menyahut cabaran ini," katanya.

 

Muhammad Ali-Rashid seterusnya menggariskan, matlamat acara berkenaan memang untuk memberi pesilat peluang menunjukkan hasil titik peluh usaha yang diberikan sepanjang latihan.

 

Tujuan kita juga tambahnya, adalah untuk memupuk semangat kesatuan dalam kalangan para pesilat remaja, untuk mengongsikan ilmu dan pengalaman melalui pertandingan yang sihat dan seterusnya membina hubungan baik berkekalan di antara satu sama lain.

 

"Walaupun hari ini kamu mewakilkan pasukan yang berlainan, insya-Allah di satu masa nanti, kamu akan berganding bahu, berdiri bersama, dengan membawa bendera dan nama negara sebagai pasukan kebangsaan yang akan memperjuangkan nama baik negara kita di kejohanan-kejohanan serantau dan antarabangsa.

 

"Jadi jagalah sesama sendiri, peganglah nilai-nilai kita sebagai seorang pesilat yang mementingkan silaturahim," tegasnya lagi.

 

Sehubungan itu, Ketua Lembaga Pembangunan dan Perkembangan di PERSIB juga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Tertinggi PERSIB dan Ahli-ahli Lembaga Wasit Juri yang telah memberi bimbingan, berkorban masa dan tenaga dalam menyediakan persiapan bagi acara berkenaan dan seterusnya menjalankan amanah masing-masing sebagai AJK Teknikal di sepanjang pertandingan berkenaan.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dibaca oleh Pegawai Pelajaran Sekolah Sukan, Awang Haji Md. Azrol Azmin bin Haji Ahmad yang juga turut memimpin Doa Selamat.

 

Sebelum pertandingan dimulakan, pembukaan gelanggang dipersembahkan oleh Awang Haji Adanan bin Ahad yang merupakan mantan Ketua Jurulatih Pencak Silat Sekolah Sukan.

 

Pada hari pertama pertandingan dimulakan dengan acara Seni Tunggal Lelaki dan Perempuan.

 

Matlamat pertandingan antaranya adalah untuk menyokong PERSIB dalam perkembangan pencak silat dengan memberi peluang kepada para pesilat remaja untuk bersaing secara sihat dan mengeratkan silaturahim di antara

 

pasukan-pasukan yang dijemput.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06