Home > Bahasa Melayu
Kadar Dividen Simpanan TAP, SCP
June 12th, 2023 | 09:38 AM | 62 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Tabung Amanah Pekerja (TAP), hari ini, memaklumkan bahawa Lembaga TAP telah mengisytiharkan dividen simpanan TAP dan SCP bagi Tahun Kewangan 2022-2023 yang berakhir pada 31 Mac 2023 ialah pada kadar 2.50 peratus dan telah pun dikreditkan ke dalam akaun Ahli-ahli TAP dan SCP pada Ahad, 11 Jun 2023.
Pada kadar 2.50 peratus, jumlah pengagihan pendapatan sebanyak lapan puluh enam juta, empat puluh tiga ribu, enam ratus dua puluh enam ringgit dan satu sen (BND86,043,626.01) telah pun dikreditkan ke dalam 182,585 akaun Ahli TAP.
Manakala sebanyak empat puluh tiga juta, lima ratus empat puluh tujuh ribu, empat ratus sembilan puluh tujuh ringgit dan tiga puluh tujuh sen (BND43,547,497.37) telah pun dikreditkan ke dalam 177,683 akaun Ahli SCP bagi Tahun Kewangan 2022-2023.
Maklumat mengenai jumlah pulangan dividen yang telah dikreditkan ke dalam simpanan TAP dan SCP bolehlah diperoleh melalui perkhidmatan online e-Amanah bagi ahli yang telah berdaftar sebagai pengguna portal melalui laman sesawang TAP di 'www.tap.com.bn' ataupun melalui perkhidmatan kiosk e-Info TAP.
Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan perkhidmatan online e-Amanah bagi Ahli-ahli TAP, sila hubungi Pusat Panggilan TAP menerusi talian +673 2382929 semasa waktu bekerja ataupun melalui e-mel, '[email protected]'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]