FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Skuad Bola Sepak Kebangsaan B-23 Berlepas Ke Arab Saudi


 


 June 12th, 2023  |  09:42 AM  |   66 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

Skuad Bola Sepak Bawah 23 (B-23) Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) telah berlepas ke Arab Saudi, hari ini untuk menyertai Kem Latihan.

 

Dalam satu temu bual bersama Pelita Brunei, Penolong Pengurus Skuad B-23 Kebangsaan NBD, Awang Haji Adee Suharde bin Haji Muhidin menjelaskan bahawa Kem Latihan yang akan disertai itu adalah persediaan bagi Pasukan B-23 untuk Pertandingan Bola Sepak anjuran Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di bawah Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) yang akan diadakan pada bulan Ogos dan September akan datang.

 

Awang Haji Adee Suharde menjelaskan lagi bahawa Kem Latihan akan mengambil tempat di Tabok, Arab Saudi dan Kem Latihan merupakan hasil daripada Perjanjian Persefahaman di antara pihak Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) dan Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF).

 

“Alhamdulillah, di sana nanti, pihak SAFF akan menyediakan tiga jurulatih khas dan mengadakan perlawanan latihan untuk melihat sejauh mana kemampuan Pasukan B-23 Kebangsaan," jelas Awang Haji Adee Suharde.

 

“Harapan kami adalah supaya Pasukan B-23 Kebangsaan menunjukkan peningkatan dari segi fizikal, mental dan psikologi pemain.

 

“Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SAFF, dan pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan dan agensi-agensi kerajaan yang lain," tambah beliau lagi.

 

Rombongan Skuad Bola Sepak B-23 Kebangsaan NBD terdiri daripada 22 orang pemain dan sembilan orang pegawai. Rombongan diketuai oleh Pengurus Pasukan B-23 iaitu, Pengiran Haji Waslimin bin Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Momin.

 

Hadir mengucapkan selamat belayar kepada rombongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei adalah Presiden FABD, Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan dan juga Pengarah Teknikal FABD, Paul Munster.

 

Sebelum berlepas, Doa Selamat dibacakan oleh Penolong Pengurus Skuad Bola Sepak B-23 Kebangsaan NBD, Awang Haji Adee Suharde.

 

Kem Latihan di Arab Saudi akan berlangsung dari 12 Jun 2023 hingga 21 Jun 2023.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06