FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


30 Peserta Perdengarkan Bacaan


 


 June 12th, 2023  |  09:45 AM  |   70 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 30 peserta hari ini memperdengarkan bacaan masing-masing pada Peringkat Separuh Akhir Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1444H / 2023M.

 

Seramai 15 peserta qari dan 15 peserta qariah memperdengarkan bacaan mereka pada peringkat separuh akhir tersebut yang mana 20 peserta bertanding pada sesi pagi dan 10 peserta bertanding pada sesi petang.

 

Sehubungan itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBS) mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Peringkat Separuh Akhir Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1444H / 2023M bertempat di Dewan Silaturrahim, Pusat Belia, di ibu negara.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan Pemangku Pengarah Belia dan Sukan Awang Haji Mohammad Rosfazilah bin Haji Yusly, selaku Pengerusi Majlis yang antara lain mengongsikan mengenai persiapan dan persediaan ke arah mempertingkatkan lagi mutu bacaan para peserta iaitu melalui satu Program Kemahiran Ilmu Al-Quran ataupun singkatnya Program K.I.A. yang telah pun diadakan pada 4 Jun 2023 yang lalu dengan bimbingan tenaga-tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman luas dalam bidang pembacaan Al-Quran.

 

“Di samping itu juga, bermula dari tahun ini, sebagai salah satu tanda penghargaan kepada qari dan qariah belia yang berjaya memasuki ke Peringkat Separuh Akhir, pihak penganjur telah menyediakan insentif berupa wang tunai kepada seramai 22 orang peserta. Semoga usaha ini akan dapat memberikan galakan lagi kepada para belia untuk lebih giat di dalam bidang pembacaan Al-Quran," ujarnya lagi.

 

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil kepada para peserta musabaqah peringkat separuh akhir yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, dan diikuti dengan pengumuman keputusan musabaqah yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Jemaah Hakim Peringkat Separuh Akhir, Awang Mohammad Ali Sabri bin Haji Yusof selaku.

 

Manakala, Doa Penutup telah dibacakan oleh Awang Mohd Noor bin Haji Ibrahim.

 

Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1444H/2023M Peringkat Akhir akan diadakan pada Khamis, 3 Zulhijah 1444H bersamaan 22 Jun 2023M bertempat di Dewan Digadong, Bangunan KKBS.

 

Seramai 71 peserta, iaitu 44 qari dan 27 qariah telah pun bertanding di peringkat saringan pada 10 hingga 13 Mei 2023 yang lalu.

 

Manakala seramai sembilan peserta, iaitu empat qari dan lima qariah termasuk Johan Menunggu Qariah Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan Tahun 2022 akan bertanding di peringkat akhir nanti.

 

Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan merupakan salah satu projek tahunan KKBS dikelolakan oleh JBS sejak tahun 1980-an dan telah berjaya melahirkan banyak qari dan qariah belia yang berkaliber dan seterusnya mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Ia juga berperanan sebagai wadah kepada qari dan qariah belia di negara ini untuk melihat keupayaan dan prestasi masing-masing, khususnya dalam bidang pembacaan Al-Quran secara berlagu atau teranum.

 

Peserta musabaqah terdiri daripada belia-belia dari keempat-empat daerah yang berumur di antara 15 hingga 30 tahun terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap dan tidak pernah menjadi johan pertandingan-pertandingan seperti Majlis Tilawah Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa anjuran Kerajaan Malaysia atau Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara anjuran KKBS.

 

Orang ramai terutamanya para belia boleh menyaksikan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1444H/2023M Peringkat Akhir nanti secara langsung melalui akaun rasmi Facebook 'Jabatan Belia dan Sukan' dan Instagram '@jbs.bn'.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06