FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kontinjen Sukan Para ASEAN NBD Selamat Pulang Ke Tanah Air


 


 June 12th, 2023  |  09:47 AM  |   95 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 23 ahli Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada Chef de Mission, Ketua Urusetia, Pegawai Urus Setia, Pegawai Perhubungan, dua Fisioterapi, empat Jurulatih, Penolong Jurulatih, lapan atlet sukan Olahraga, dua atlet sukan Badminton dan dua atlet sukan Renang tiba pulang ke tanah air selepas menyertai kejohanan Sukan Para ASEAN Ke-12 di Phnom Penh, Kemboja pada 3 hingga 9 Jun 2023.

 

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen negara ialah Menteri Kesihatan selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

 

Hadir sama, Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; dan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan.

 

Kontinjen negara telah berjaya meraih tiga pingat emas, tiga pingat perak dan dua pingat gangsa dalam sukan Olahraga melalui Dayang Nor Hensan binti Awang Haji Mataha dalam acara Women's Shot Put F11 dan Women's Discus Throw F11; Awang Raduan bin Awang Haji Mataha bagi acara Men's Shot Put F11 dan Men's Discus Throw F11; Awang Alihan Muda melalui acara Men's Shot Put F34 dan Men's Discus Throw F34; dan Awang Shari bin Haji Jumaat dalam acara Men's Discus Throw F55 dan Men's Javelin Throw F55.

 

Kontinjen Negara Brunei Darussalam telah diketuai oleh Chef de Mission, Awang Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor.

 

Dayang Nor Hensan semasa ditemu bual telah melahirkan rasa gembira kerana telah berjaya memperoleh dua pingat emas dan dapat mengharumkan nama negara sekali gus menaikkan lagi prestasi beliau dalam bidang sukan yang diceburi.

 

Menurutnya, beliau sudah menjadi atlet Paralimpik selama 15 tahun dan inilah kali pertama dirinya meraih pingat emas kerana sebelumnya beliau hanya mampu meraih pingat perak dan gangsa.

 

“Ini adalah merupakan satu impian menjadi kenyataan selain mendengarkan lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam dilaungkan di luar negara.

 

“Kemenangan ini membangkitkan semangat saya lagi untuk terus berusaha dan meraih banyak lagi kejayaan, insyaaAllah di kejohanan-kejohanan sukan yang akan datang," ujarnya.

 

Sementara itu, Awang Raduan berjaya meraih pingat emas dalam acara Men's Shot Put F11 dan menjadi atlet sejak tahun 2009.

 

Katanya, pingat perak pula diperolehi daripada acara Men's Discus Throw F11 dan ini adalah kali kedua beliau telah meraih pingat-pingat kemenangan sejak tahun 2011 semasa menyertai Sukan Para di Solo, Indonesia.

 

“Saya merasa sangat bersyukur kerana telah meraih kejayaan dan insyaaAllah di masa akan datang saya akan meneruskan lagi usaha dalam bidang sukan yang diceburi," tambahnya.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06