FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkatkan Amalan Kerohanian, Meraih Keberkatan Allah


 


 June 12th, 2023  |  09:49 AM  |   82 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Perjalanan untuk menunaikan ibadah haji tidaklah sama dengan perjalanan yang lain. Ia bukanlah perjalanan jasad ke Makkah atau ke Kaabah semata-mata. Perjalanan ini adalah perjalanan rabbani, perjalanan hati dan rohani menuju Allah Subhanah Wata'ala.

 

Supaya dapat berkomunikasi secara langsung dengan Allah Subhanahu Wata'ala menguatkan hubungan dengan-Nya dan memperoleh bekalan taqwa yang merupakan sebaik-baik bekalan.

 

Ibadah haji hanya difardukan sekali seumur hidup. Oleh kerana itu, Allah Subhanahu Wata'ala memberi keistimewaan kepadanya dengan mengurniakan limpahan rahmat dan faedah yang banyak kepada orang yang menunaikan Fardu Haji.

 

Perkara tersebut antara yang disampaikan di dalam Tazkirah bertajuk 'Hakikat Haji' oleh Ketua Bahagian Bimbingan dan Latihan, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Fansuri Sharimi @ Mansur bin Mohamad Ali dari Masjid Perpindahan Lambak Kanan.

 

Acara Munajat malam tadi turut mengundang tetamu khas, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, yang juga memimpin bacaan Sayyidul Istighfar dan Al-Fatihah dari Masjid RPN Kampung Pandan, Kuala Belait.

 

Antara yang menyertai acara Malam Munajat tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

 

Turut sama mengimarahkan acara Munajat malam tadi, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid, jemaah dan belia dari Masjid RPN Kampung Pandan, Kuala Belait; Masjid Kampung Beribi; dan Masjid Perpindahan Lambak Kanan dan para jemaah daripada beberapa buah masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara termasuk Balai Ibadat Kampung Sibut, Temburong yang antara jemaahnya adalah rombongan dari Yayasan Keluarga Besar Saudara Baru Indonesia (YKBSBI) dan Gabungan Majelis Taklim Se-Kalbar (Kalimantan Barat).

 

Malam Munajat kali ini juga begitu istimewa kerana turut disertai secara maya oleh para pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Pentadbiran) dan beberapa orang bakal jemaah haji dari Madinah Al-Munawwarah.

 

Selepas bacaan Sayyidul Istighfar dan Al-Fatihah, diteruskan dengan bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai dipimpin oleh Nazir Khas Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Mohd Rasidi bin Haji Sulaiman, dari Masjid Kampung Beribi.

 

Diikuti Doa Munajat dibacakan oleh Ketua Unit Perhubungan Awam, Jabatan Pengajian Islam, KHEU, Awang Izwandy bin Haji Hamdan, dari Masjid Kampung Beribi.

 

Sejurus selesai Tazkirah, bacaan Selawat Tafrijiyyah dipimpin oleh Awang Muhammad Nur Nasrullah bin Abdullah Abdul Razak, dari Kelab Belia Masjid RPN Kampung Pandan dari Masjid RPN Kampung Pandan, Kuala Belait.

 

Bagi memberkati acara Munajat, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, KHEU, Awang Abdul Qayyuum bin Haji Aminnuddin, dari Masjid RPN Kampung Pandan, Kuala Belait.

 

Malam Munajat mengajak orang ramai melipatgandakan amalan kerohanian dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar, semata-mata untuk memohon keampunan, perlindungan, rahmat dan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Di samping itu, berdoa agar rakyat dan Negara Brunei Darussalam sentiasa terpelihara dari sebarang musibah yang tidak diingini dan berjaya membendung penularan penyakit merbahaya seperti COVID-19.

 

Orang ramai sangat dialu-alukan untuk menyertai Malam Munajat dari mana jua berada pada setiap hari Sabtu (malam Ahad) dengan melayari pautan https://www.facebook.com/pdi.kheu/.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06