Home > Bahasa Melayu
Majlis Santap Negara Sempena Keberangkatan Kebawah DYMM
June 12th, 2023 | 09:51 AM | 82 views
MANAMA, KINGDOM OF BAHRAIN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Negara yang dihoskan oleh His Majesty King Hamad bin Isa Al Khalifa, Raja Kingdom of Bahrain bersempena Keberangkatan Negara yang bertempat di Gudaibiya Palace, Manama.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Selepas majlis di Gudaibiya Palace, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga telah menghadiri beberapa majlis secara berasingan, iaitu Majlis Santap Petang yang dihoskan oleh His Majesty King Hamad bin Isa Al Khalifa, Raja Kingdom of Bahrain bersama ahli-ahli kerabat diraja Kingdom of Bahrain; dan Santap Malam yang dihoskan oleh His Royal Highness Prince Salman bin Hamad Al Khalifa, the Crown Prince and Prime Minister of the Kingdom of Bahrain.
Sebelum Santap Malam diadakan, Kebawah DYMM berkenan mengadakan perjumpaan dengan His Royal Highness Prince Salman bin Hamad Al Khalifa, the Crown Prince and Prime Minister of the Kingdom of Bahrain.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]