FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


6 Dokumen Perjanjian Dimeterai


 


 June 12th, 2023  |  09:54 AM  |   134 views

MANAMA, KINGDOM OF BAHRAIN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan His Majesty King Hamad bin Isa Al Khalifa, Raja Kingdom of Bahrain berkenan menyaksikan Majlis Penandatanganan enam dokumen perjanjian di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan Kingdom of Bahrain yang berlangsung di Gudaibiya Palace, Manama.

 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Penandatanganan Memorandum of Understanding between the Ministry of Foreign Affairs of Brunei Darussalam and the Ministry of Foreign Affairs of The Kingdom of Bahrain on Political Consultation disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, dan Minister of Finance and National Economy, Tuan Yang Terutama Shaikh Salman bin Khalifa Al-Khalifa, bagi pihak Kerajaan Kingdom of Bahrain.

 

Melalui Memorandum Persefahaman tersebut, kedua-dua pihak akan mengadakan perundingan secara tetap untuk membincangkan modaliti bagi meluaskan dan mengukuhkan kerjasama di antara kedua belah pihak serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu antarabangsa yang berkepentingan bersama.

 

Perundingan akan diadakan di peringkat Menteri Luar Negeri, atau di peringkat lain yang telah dipersetujui bersama sebelum bermulanya setiap perundingan.

 

 Perundingan tersebut juga akan diadakan setiap tahun atau seperti yang difikirkan perlu, secara bergilir-gilir di Bandar Seri Begawan dan Manama, atau di negeri ketiga di mana kedua-dua pihak hadir semasa persidangan atau mesyuarat antarabangsa.

 

Seterusnya, Memorandum of Understanding between the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Government of The Kingdom of Bahrain in the Field of Women's Affairs yang ditandatangani oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad bagi pihak Kerajaan Kebawah DYMM, manakala Kerajaan Kingdom of Bahrain diwakili oleh Secretary-General of the Supreme Council for Women, Puan Yang Terutama Hala bint Mohammed Jaber al-Ansari.

 

Memorandum Persefahaman tersebut akan menggalakkan pertukaran kepakaran dan pengalaman-pengalaman yang berjaya dalam bidang yang berkaitan dengan kemajuan wanita, serta peluang-peluang yang sama antara lelaki dan wanita; dan untuk mengaktifkan perkongsian serta bidang kerjasama lain yang dipersetujui bersama seperti pembangunan keusahawanan dan melaksanakan program pembangunan mengikut keutamaan kedua-dua belah pihak.

 

Sementara itu, Memorandum of Understanding between the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Government of The Kingdom of Bahrain on Cooperation in the Field of Media ditandatangani oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah bagi pihak Kerajaan Kebawah DYMM, dan Minister of Information, Tuan Yang Terutama Dr. Ramzan bin Abdulla Al-Noaimi bagi pihak Kerajaan Kingdom of Bahrain.

 

Memorandum Persefahaman tersebut akan menggalakkan kerjasama media dalam, antara lainnya, pertukaran lawatan pakar, media dan delegasi akhbar antara kedua-dua buah negara; kursus latihan; penyelidikan dan analisis statistik; promosi dan pemasaran media; serta pertukaran bahan media yang berkaitan dengan topik politik, ekonomi, sosial, budaya, sejarah, pelancongan dan sukan.

 

Bagi Memorandum of Understanding between the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Government of The Kingdom of Bahrain on Cultural Cooperation pula majlis penandatanganannya disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bagi pihak Kerajaan Kebawah DYMM dan Minister of Information, Tuan Yang Terutama Dr. Ramzan bin Abdulla Al-Naoimi bagi pihak Kerajaan Kingdom of Bahrain.

 

Di bawah Memorandum Persefahaman berkenaan, kedua-dua pihak akan menggalakkan perancangan untuk menganjurkan 'Minggu Kebudayaan' di negara masing-masing melalui, antara lainnya, konsert muzik, pameran buku dan pameran seni; serta meningkatkan kerjasama dalam bidang sains, seni dan kesusasteraan, arkeologi, amalan muzikologi, etnologi dan pemuliharaan.

 

 Majlis Penandatanganan Memorandum of Understanding between the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Government of the Kingdom of Bahrain in the Fields of General, Technical and Higher Education pula ditandatangani oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh bagi pihak Kerajaan Kebawah DYMM, dan Minister of Education, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamed bin Mubarak Juma bagi pihak Kerajaan Kingdom of Bahrain.

 

Melalui Memorandum Persefahaman berkenaan, kedua pihak akan menyokong pertukaran maklumat dan bahan pendidikan, serta lawatan dan kepakaran dalam program-program pendidikan; dan penyertaan dalam atau penganjuran bersama bengkel, persidangan, seminar, simposium dan acara pendidikan yang dipersetujui oleh kedua-dua negara.

 

Manakala, penandatanganan Data Sovereignty Initiative pula ditandatangani oleh Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bagi pihak Kerajaan Kebawah DYMM dan Minister of Finance and National Economy, Tuan Yang Terutama Shaikh Salman bin Khalifa Al-Khalifa bagi pihak Kerajaan Kingdom of Bahrain.

 

Dokumen bertujuan untuk mewujudkan usaha bersama dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan berasaskan hubungan kukuh antara kedua buah negara, Kerajaan Kingdom of Bahrain memberikan Negara Brunei Darussalam hak kuasa ke atas maklumat dan data entiti-entitinya yang disimpan dalam pusat-pusat cloud computing yang terletak di Kingdom of Bahrain.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06