Home > Bahasa Melayu
Awang Mohammad Faizal Juara Beyblade Forge Disc OO
June 14th, 2023 | 09:19 AM | 39 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Awang Mohammad Faizal bin Umjah dari Pasukan Santai Aja Bladerz muncul juara Pertandingan Beyblade Forge Disc 00 setelah berjaya menewaskan Awang Abdul Malik Sofri bin Mohd. Ariffin dari Pasukan Jakusha Bladers pada perlawanan akhir bertempat di Teratak DBos, Rancangan Perumahan Negara (RPN), Kampung Mengkubau, Mentiri.
Juara pertandingan anjuran DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam membawa pulang hadiah berupa hamper dan juga barangan elektrik.
Sementara itu, tempat ketiga disandang oleh Awang Aediesopian bin Haji Ismail dari Pasukan Jakusha Bladers, manakala Awang Mohammad Faizal bin Umjah dari Pasukan Santai Aja Bladerz tangga keempat.
Dalam perebutan Liga Beyblade Brunei Darussalam bagi Tahun 2023 ini, sebanyak lima pasukan menyertainya iaitu Jakusha Bladers (JB), Underground Beys (UG), Ghostbeys (GB), Santai Aja Bladerz (SA) dan Beyblade Madness (BM) dan Pasukan SA ketika ini berjaya memperoleh 20 mata diikuti Jakusha Bladers mengutip 19 mata dan Underground Beys pula mengutip 11 mata.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]