FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peserta SM SMJA Juara Pertandingan Akhir Khutbah Jumaat


 


 June 21st, 2023  |  07:23 AM  |   53 views

MANGGIS MADANG

 

Peserta dari Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA), Awang Muhammad Aiman Mustaqim bin Awang Mohammad Zularifen dan Awang Muhammad Adhwa Darweesh bin Md. Basuni muncul juara bagi Pertandingan Akhir Khutbah Jumaat Sekolah-sekolah Menengah Senegara Bagi Tahun 2023 bertempat di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit (SSBRPAD) Kampung Manggis / Madang, hari ini.

 

Juara yang memungut markah sebanyak 88.5 peratus itu berjaya menewaskan peserta dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) yang diwakili oleh Awang Abdul Hadi Muaiyyad bin Haji Azrol dan Awang Mohammad Darul Irsyad bin Mohammad Jeffery yang memperoleh markah sebanyak 83.5 peratus.

 

Meskipun berkongsi mata 83.5 peratus yang memberikan kelebihan kepada naib juara, peserta SM SMJA iaitu Awang Alif Hakimi bin Rosli dan Awang Mohd. Izzudieen bin Haji Yusdi memenangi tempat ketiga dan sekali gus menempatkan Awang Mohammad Rif'at Razin bin Md. Khairul Azmi dan Awang Muhammad Ishqal Ezairy@Abdul Mateen bin Muhammad Shahruni  dari ITQSHHB di tangga keempat yang mendapat 83 peratus.

 

Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Awang Julaihi bin Mohamad / Mohamat.

 

Secara keseluruhannya,pertandingan itu dibukakan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah kerajaan, swasta dan sekolah-sekolah yang di bawah kawalan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan seramai 17 kumpulan peserta yang terdiri daripada dua orang pelajar dari setiap kumpulan menyertai pertandingan tersebut dan hanya empat kumpulan peserta berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan.

 

Para peserta telah pun dinilai dari sudut bahagian Suara, 40 markah sementara gaya dan penyampaian serta bahagian bahasa, masing-masing dengan 30 markah penilaian pihak juri.

 

Pertandingan anjuran Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kegiatan Kerohanian, Jabatan Pendidikan Kokurikulum itu antara lain bertujuan untuk mempersiapkan jati diri pelajar untuk berkeyakinan dalam menyampaikan pembentangan serta berfikiran kreatif.​

 

Dengan keyakinan untuk bertutur di khalayak ramai (pengucapan awam), pelajar dapat meningkatkan kemahiran dan berkomunikasi dan berbicara dengan fasih untuk menyampaikan ilmu dan hujah, serta menjana sikap berdaya saing dan positif dalam kalangan pelajar.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48