FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mantapkan Semangat Kesukanan Pelajar


 


 June 21st, 2023  |  07:35 AM  |   177 views

BERAKAS

 

Bagi memupuk semangat, kerja berpasukan dan persaingan sihat antara pelajar-pelajar yang bertanding bagi mewakili rumah sukan masing-masing, Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SM YSHHB) pagi tadi mengadakan Hari Sukan Tahunan sekolah tersebut 2023 bertempat di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini.

 

Pada acara tersebut, johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Acara Sukan Olahraga SM YSHHB 2023 berjaya dirampas oleh Rumah Tutong dengan mengutip 13 pingat emas, 3 pingat perak dan 9 pingat gangsa.

 

Sementara itu, naib johan dirangkul oleh Rumah Belait dengan mengutip 9 pingat emas, 12 pingat perak dan 5 pingat gangsa; diikuti Rumah Temburong di tempat ketiga yang meraih 7 pingat emas, 11 pingat perak dan 7 pingat gangsa; dan Rumah Brunei Muara di tempat keempat yang mendapat 5 pingat emas, 8 pingat perak dan 10 pingat gangsa.

 

Manakala, Rumah Belait berjaya memenangi acara perbarisan lalu dengan pungutan mata sebanyak 92 peratus.

 

Penyampaian pingat dan hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Pengetua SM YSHHB, Dayang Chong Li Chen, selaku tetamu kehormat majlis.

 

Terdahulu, acara dimulakan dengan perarakan lalu bagi empat buah rumah sukan SM YSHHB, iaitu Rumah Brunei Muara; Rumah Tutong; Rumah Belait; dan Rumah Temburong; disusuli dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Allah Peliharakan Sultan dan lagu sekolah.

 

Acara diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Dr. Haji Samsul Muawan bin Haji Sodiq.

 

Seterusnya, tetamu kehormat majlis diperkenalkan kepada setiap ketua rumah berserta ahli-ahlinya, diikuti dengan perasmian acara sukan berkenaan.

 

Antara sukan yang dipertandingkan pada acara berkenaan ialah, larian 100 meter, larian 200 meter, dan larian 4 x 100 meter.

 

Antara objektif acara sukan tersebut ialah bagi mengukuhkan hubungan positif antara guru-guru dan pelajar-pelajar, di samping dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk sentiasa bersemangat dengan melibatkan diri dalam apa sahaja aktiviti sukan.

 

Selain itu, acara itu juga adalah untuk mencari bakat yang berpotensi untuk mewakili sekolah dalam mana-mana pertandingan dalam bidang sukan di peringkat sekolah-sekolah dan maktab-maktab senegara.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48