FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelaksanaan ASEAN STI, Penggerak Integrasi Ekonomi Serantau


 


 June 21st, 2023  |  07:38 AM  |   111 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) masih menjadi asas kemajuan manusia walaupun dalam keadaan mencabar dan berubah akibat daripada wabak COVID-19.

 

Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), Ir. Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof menjelaskan bahawa kita semua memahami akan kepentingan STI dalam kehidupan seharian dan cara ia mengubah dunia.

 

“Pandemik COVID-19 adalah salah satu testimoni yang menunjukkan nilai STI sangat diperlukan bagi tindak balas dan pemulihan daripada krisis ini," ujarnya semasa Mesyuarat Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN Ke-83 (COSTI-83) yang berlangsung di Songket Ballroom, The Rizqun International Hotel, di sini.

 

Berucap selaku National COSTI Chair bagi Negara Brunei Darussalam (NBD), Setiausaha Tetap MTIC seterusnya berkata, kita menyaksikan individu, kerajaan dan institusi swasta bertindak terhadap krisis dengan cara inovatif dan adaptif.

 

Secara keseluruhan jelasnya lagi, matlamat utama adalah untuk memajukan pelaksanaan ASEAN STI agar ia kekal sebagai penggerak dalam integrasi ekonomi serantau dan kerjasama ke arah Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

 

Pada tahun ini, NBD menjadi Tuan Rumah bagi Mesyuarat COSTI-83 yang dikendalikan oleh MTIC selama dua hari bermula hari ini hingga 21 Jun 2023. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap MTIC itu dihadiri oleh delegasi dari Negara-negara Anggota ASEAN dan Sekretariat ASEAN.

 

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi) MTIC, Awang Haji Hairul Mohd. Daud bin Haji Abdul Karim selaku Pengerusi Board of Advisors kepada COSTI (BAC) dan Pegawai-pegawai Kanan MTIC.

 

Mesyuarat ASEAN COSTI merupakan badan sektoral di bawah ASEAN yang dipertanggungjawabkan ke atas semua aspek kerjasama dan integrasi STI bagi Negara-negara Ahli ASEAN.

 

Antara perkara utama yang dibincangkan semasa mesyuarat tersebut adalah pertama, Status Dana ASEAN Science, Technology and Innovation Fund (ASTIF); kedua, Perbincangan mengenai perkembangan pembangunan ASEAN Plan of Action on Science, Technology and Innovation (APASTI) 2026-2035; ketiga, Perbincangan mengenai hasil dan cadangan-cadangan daripada Laporan Mesyuarat COSTI Retreat.

 

Manakala yang keempat, Perbincangan mengenai pelaksanaan projek-projek Keutamaan Tahunan bagi COSTI 2022, pengesahan projek-projek Keutamaan Tahunan COSTI 2023 serta cadangan bagi Keutamaan Tahunan COSTI 2024; dan kelima, Persetujuan mengenai susunan tarikh untuk Mesyuarat COSTI ke-84 yang akan dipengerusikan oleh Filipina.

 

Dalam masa yang sama, Mesyuarat COSTI-83 juga akan mengadakan mesyuarat bersama Rakan Dialog Jepun dalam Mesyuarat 12th Meeting of ASEAN-Japan Cooperation Committee on Science and Technology (AJCCST-12) dan akan dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Tetap MTIC dan Director for International Cooperation, Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology, Japan, Tuan Yang Terutama Hara Masashi.

 

Mesyuarat tersebut antaralain membincangkan pertukaran pendapat mengenai inisiatif dan strategi kerjasama pada masa depan. Sebelum Mesyuarat COSTI-83 bersidang, Sesi COSTI Retreat telah diadakan pada 19 Jun 2023 dan dihadiri oleh delegasi dari Negara-negara Anggota ASEAN dan Sekretariat ASEAN.

 

Semasa COSTI Retreat tersebut antara fokus utama sesi tersebut adalah bagi membincangkan keberkesanan dan hala tuju struktur tadbir urus ASEAN STI, mekanisme pembiayaan dan juga bidang tumpuan ASEAN STI sebagai persediaan untuk Mesyuarat COSTI-83.​

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48