FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perkongsian Menyeluruh Tentang Mekanisme ADR


 


 June 21st, 2023  |  07:40 AM  |   128 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pusat Timbangtara Brunei Darussalam (BDAC) mengakhiri siri Taklimat Kesedaran ADR (Penyelesaian Pertikaian Alternatif) hari ini yang dihadiri oleh Penghulu-penghulu dan Ketua-ketua Kampung di Rumah Kediaman Rasmi Pegawai Daerah, Daerah Belait.

 

Taklimat berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif komprehensif BDAC untuk meningkatkan kesedaran mengenai ADR dan manfaatnya di kesemua empat daerah di Brunei Darussalam.

 

Turut hadir ke taklimat tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara; Pemangku Pegawai Daerah Belait; Penolong Pegawai Daerah Belait; Penghulu-penghulu Mukim; Pemangku Penghulu-penghulu Mukim; Ketua-ketua Kampung dan Pemangku Ketua-ketua Kampung dari pelbagai kampung dalam Daerah Belait.

 

Dalam pembentangan tersebut, para hadirin dikongsikan maklumat yang menyeluruh tentang mekanisme ADR, dan kaedah-kaedah yang dapat memudahkan penyelesaian dengan cepat, kos yang berpatutan, dan mencapai penyelesaian pertikaian secara baik.

 

BDAC juga menekankan kelebihan memilih ADR, termasuk pemeliharaan hubungan di antara dua pihak, kerahsiaan, fleksibiliti, dan penyelesaian yang disesuaikan mengikut keperluan pihak-pihak yang terlibat.

 

Pengakhiran taklimat kesedaran ADR BDAC di Daerah Belait merupakan satu pencapaian (milestone) dalam usaha penyebaran komprehensif yang dijalankan di kesemua empat-empat daerah di Brunei.

 

Taklimat juga mempromosikan penggunaan strategi penyelesaian pertikaian yang harmoni dan efektif di kalangan Penghulu-penghulu, Ketua-ketua Kampung dan komuniti mereka.

 

BDAC terus berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan timbang tara dan pengantaraan untuk memenuhi keperluan pengguna tempatan. Kemudahan ini didukung oleh panel pengantaraan dan penimbang tara yang berpengalaman dan beriktiraf dalam kalangan domestik dan antarabangsa.

 

BDAC juga menawarkan penyewaan fasiliti dan memberi latihan berkenaan dengan pengantaraan dan timbang tara, serta akan terus berusaha untuk menjadi pusat yang dipercayai untuk penyelesaian pertikaian secara adil dan cekap bagi individu dan perniagaan di Brunei Darussalam.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48