FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peserta Skim Bimbingan Lanjutan Daerah Tutong Terima Sijil


 


 June 29th, 2023  |  11:29 AM  |   61 views

TUTONG

 

Seramai 18 peserta Skim Bimbingan Lanjutan I bagi Mualaf Siri Ke-108 (Perempuan) bagi Daerah Tutong menerima sijil masing-masing pada Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil yang diadakan Unit Da'wah Daerah Tutong, di sini.

 

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta ialah Ketua Unit Da'wah Daerah Tutong, Dayang Zikrinaidah binti Haji Mat Dikir.

 

Majlis tersebut diungkayahkan oleh Pusat Da'wah Islamiah (PDI) melalui Bahagian Pembangunan Muallaf (Tarbiyah Muallaf) dan Unit Da'wah di setiap daerah yang telah dikendalikan selama dua minggu bermula dari 13 hingga hari ini.

 

Antara objektif Skim Bimbingan Lanjutan I bagi Mualaf Siri Ke-108 diadakan adalah untuk memberikan sokongan dari sudut moral, spiritual dan psikologi kepada para peserta mualaf.

 

Di samping itu, ia juga membantu para peserta untuk lebih memahami ajaran agama Islam dan memberi panduan untuk menghayati ajaran agama Islam dalam kehidupan seharian selain untuk memperlihatkan ajaran agama Islam yang indah.

 

Sepanjang mengikuti Skim Bimbingan Lanjutan I ini, para peserta telah mempelajari subjek-subjek pelajaran ugama iaitu Iqra', Tauhid, Fiqh Solat (Sembahyang-sembahyang Sunat, Sembahyang Musafir dan Sembahyang Pesakit), Fiqh Munakahat (Perkahwinan), Sejarah Islam, Tasawuf, Amali Agama dan juga Sesi Kongsisama dari Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga.

 

Sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk membimbing setiap orang yang memeluk ugama Islam, PDI menyediakan beberapa program bimbingan khusus untuk para mualaf.

 

Antaranya, Program Tarbiyah Sepanjang Hayat iaitu Bimbingan Pengenalan Islam, Skim Bimbingan Asas (Melayu dan Inggeris), Skim Bimbingan Lanjutan I, Skim Bimbingan Lanjutan II setiap tahun dan Kelas Bimbingan Mualaf yang dibukakan secara mingguan di keempat-empat daerah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48