FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


120 Anak Pokok Tabebuia Aurea, Tabebuia Rosea Ditanam


 


 June 29th, 2023  |  08:46 AM  |   69 views

MUARA

 

Sebanyak 120 anak pokok Tabebuia Aurea dan Tabebuia Rosea ditanam hari ini di Taman Rekreasi Pantai Muara, dengan rasminya menutup Minggu Alam Sekitar : Road Towards a Sustainable Environment #BeTheSolution.

 

Anak-anak pokok berkenaan adalah sumbangan dari Syarikat Brunei Shell Petroleum Company Sendirian Berhad (BSP) dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

 

Aktiviti penanaman pokok dan pembersihan pantai berkenaan dianjurkan sebagai sebahagian daripada Minggu Alam Sekitar sempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2023 dan bagi memperingati ulang tahun ke-50 Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

 

Turut hadir ialah Pengarah Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Dayang Hajah Martinah binti Haji Tamit selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Minggu Alam Sekitar; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-undang) Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Pengarah Urusan BSP dan Shell Country Chair di Negara Brunei Darussalam,  Agnette Johnsgaard-Lewis; Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri; ketua-ketua jabatan, bahagian dan unit dari Kementerian Pembanguunan dan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP); penaja, pempamer, moderator dan ahli panel Minggu Alam Sekitar.

 

Aktiviti penanaman pokok berkenaan adalah merupakan salah satu usaha kerajaan ke arah mencapai sasaran Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam untuk menanam sebanyak 500,000 pokok baharu menjelang tahun 2035, ke arah sebuah negara yang rendah karbon, berdaya tahan iklim dan mampan.

 

Acara kemudiannya diteruskan lagi dengan aktiviti pembersihan di persisiran pantai dalam menyumbang kepada Kempen Kebersihan Senegara (bagi persisiran pantai – Wira Pantai) yang dilancarkan pada 5 Jun 2021 di bawah Jawatankuasa Induk Isu-isu Kebersihan.

 

Kira-kira 137 kilogram (kg) sampah berjaya di kumpul oleh hampir 100 peserta, dengan 70 kg adalah daripada sisa plastik.

 

Acara Brunei MYCE 2023 dianjurkan oleh KSSUP melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun, institusi-institusi pendidikan tinggi, pihak berkepentingan dan syarikat swasta.

 

Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei 2023 (Brunei Mid-Year Conference and Exhibition 2023- Brunei MYCE 2023)  juga disokong penuh oleh beberapa rakan media rasmi, iaitu Radio Televisyen Brunei (RTB), Jabatan Penerangan (Pelita Brunei) dan Brunei Press Sendirian Berhad.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48