FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Anugerah Graduan Raikan 27 Pelajar Cemerlang


 


 June 29th, 2023  |  08:47 AM  |   80 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 27 orang graduan diraikan pada Majlis Anugerah Graduan Cemerlang 2023 berlangsung di Auditorium, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, hari ini.

 

Para graduan di bawah Skim Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Luar Negeri dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) yang berjaya memperoleh keputusan kepujian Kelas Pertama (First Class Honours) peringkat Ijazah Sarjana Muda setelah tamat pengajian mereka pada tahun 2022.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan plak dan sijil kepada para graduan ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Haji Mohd. Azrol Alim bin Haji Zaini dari Jabatan Hal Ehwal Masjid diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku Ketua Jabatan Pengurusan Biasiswa, Dayang Rosimah Sumaimah binti Haji Matassim.

 

Dayang Rosimah Sumaimah dalam ucapannya berharap agar anugerah tersebut akan dapat menjadi pemangkin yang akan meningkatkan motivasi kepada para penerima untuk menjadi lebih cemerlang dan juga sebagai pendorong dan penggalak kepada pelajar-pelajar lain untuk berusaha dengan gigih ke arah mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam semua bidang.

 

Beliau percaya universiti-universiti tempat pengajian para penerima telah melahirkan graduan yang bersifat global bukan saja cemerlang dari segi akademik, malah mempunyai daya pemikiran kritis, dinamik dan berdaya saing yang berpotensi sebagai pemimpin penerus bangsa yang mempunyai kematangan jati diri, berilmu tinggi dan berkaliber.

 

Sehubungan itu tambahnya, beliau bagi pihak Kementerian Pendidikan menyeru kepada para penerima untuk menyumbang balik kepada negara dengan ilmu-ilmu dan kemahiran yang telah diperolehi dalam usaha untuk sama-sama merealisasikan Wawasan Brunei 2035 iaitu untuk melahirkan masyarakat berpelajaran, berkemahiran dan bertamadun.

 

Majlis anjuran Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa itu bertujuan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap usaha para graduan dalam mencapai kelulusan yang cemerlang.

 

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menjadi inspirasi dan galakan kepada pelajar-pelajar lain agar lebih bersemangat untuk meraih kejayaan dalam pengajian mereka.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Ahmad; Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Kanan dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06