FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Laungan Takbir Menghidupkan Malam Hari Raya Aidiladha


 


 June 29th, 2023  |  08:50 AM  |   108 views

KIARONG

 

Sunat melaungkan takbir dengan suara yang Jahr (nyaring), sama ada di rumah, masjid, pasar atau di mana juga pada malam Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha selepas terbenamnya matahari sehingga imam mengangkat Takbiratulihram Sembahyang Hari Raya.

 

Takbir berkenaan dinamakan Mursal dan Mutlaq, iaitu takbir yang tidak terikat selepas sembahyang dan dilaungkan pada bila-bila masa sahaja.

 

Sementara Takbir Muqayyad ialah takbir yang terikat dan dilaungkan sebaik sahaja selesai sembahyang fardu, sunat, tunai atau qada.

 

Takbir Muqayyad ini khusus bagi Hari Raya Aidiladha dan bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Bermula takbir berkenaan adalah pada subuh hari Arafah sehinggalah Asar di akhir hari Tasyriq.

 

Acara melaungkan takbir bagi kedua-dua Hari Raya di negara ini bukanlah suatu yang baharu malahan telah pun dipraktikkan di negara ini sejak berabad lama dahulu dan ia merupakan satu syiar dalam usaha melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala di samping memberikan kesedaran kepada kita untuk mengamalkan suruhan Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhi larangan-Nya.

 

Sehubungan itu, Majlis Takbir sempena Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1444H di semua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara diadakan malam tadi dengan tumpuan di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, di sini.

 

Hadir ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

 

Juga hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Raes Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Adanan bin Haji Basar; dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang.

 

Laungan takbir dipimpin dan dibawakan oleh Kumpulan Belia Masjid; para pegawai dan kakitangan dari Jabatan Pengajian Islam, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dan juga para penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta para pelajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR).

 

Majlis takbir sempena Hari Raya Aidiladha itu diadakan  bagi menghidupkan malam Hari Raya Aidiladha yang diadakan pada 10 Zulhijjah 1444H.

 

Di samping itu, menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam agar melahirkan masyarakat yang bertakwa serta memberikan kesedaran kepada masyarakat dalam menghayati makna kandungan takbir Hari Raya.

 

Dengan adanya majlis berkenaan juga akan dapat memupuk semangat para jemaah yang hadir dalam hidup berkumpulan dan mengeratkan silaturahim, mendekatkan diri dengan masjid dan mencintai masjid, sekali gus berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06