FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Keprihatinan Kebawah DYMM Disanjung Rakyat


 


 June 30th, 2023  |  08:57 AM  |   218 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ibadah korban bukan sahaja dapat memberikan kesedaran kepada orang yang melakukannya malahan ia dapat membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan atas asas sifat pemedulian sesama umat Islam.

 

Penerima-penerima daging korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam rata-rata melahirkan perasaan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dikurniakan sebahagian daging-daging korban berkenaan.

 

Dalam temu bual Pelita Brunei pada Majlis Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat baginda, masing-masing menyatakan bahawa ini merupakan kali pertama mereka menerima daging korban berkenaan di Istana Nurul Iman.

 

Dayang Lamiah binti Haji Jamil dari Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Tungku, Gadong menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja atas pengurniaan daging korban yang diberikan kepada beliau.

 

Dayang Lamiah juga mendoakan agar Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat baginda dikurniakan kesihatan yang baik dan pahala yang berlipat ganda.

 

Begitu juga dengan Dayang Asmah binti Haji Tuah, 67 tahun, dari Kampung Kiulap. Penerima bantuan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) ini turut menjunjung kasih di atas pengurniaan daging korban pada tahun ini.

 

“Alhamdulillah, saya melahirkan rasa syukur di atas penerimaan agihan daging tersebut yang mana ia adalah kali pertama saya menerimanya di Istana Nurul Iman. Didoakan semoga Kebawah DYMM dan kerabat diraja sentiasa dalam afiat kesihatan dan panjang umur serta dilimpahi rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala," ujarnya.

 

Sementara itu, Awang Haji Rosli bin Haji Yussof, berusia 54 tahun, dari Kampung Rimba menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih atas pengagihan daging korban berkenaan dan dipilih sebagai penerima daging korban sunat Kebawah DYMM berserta kerabat baginda.

 

“Saya doakan baginda Sultan dan ahli kerabat baginda dikurniakan kesihatan dan umur yang panjang dan dilindungi oleh Allah Subhanahu Wata'ala serta baginda kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam di atas singgahsana," ucap beliau.

 

Penerima bantuan anak yatim, Awang Md Shukri bin Haji Ramusp, dalam pada itu juga berasa teruja dan berterima kasih atas kurniaan daging korban tersebut, di samping mendoakan baginda dan ahli kerabat baginda sihat berpanjangan dan amalan-amalan baginda diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala jua.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06