FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bazar Thailand Tawar Beraneka Jenis Produk, Makanan


 


 June 30th, 2023  |  08:59 AM  |   151 views

SALAMBIGAR

 

Kedutaan Diraja Thailand dengan kerjasama Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa di Kuala Lumpur, Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Kuala Lumpur Office, Office of The Defence Attache dan Office of Labour Affairs, Bandar Seri Begawan telah bekerjasama dalam menganjurkan Thailand Bazar yang diadakan bermula hari ini.

 

Thailand Bazar yang juga bekerjasama dengan OneCity Shopping Centre tersebut bermula hari ini sehingga 2 Julai 2023 dan diadakan di OneCity Shopping Centre, di sini.

 

Bazar tersebut dirasmikan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai yang juga seterusnya memberikan ucapan pada majlis perasmian tersebut.

 

Dalam ucapan, Puan Yang Terutama menjelaskan bahawa bazar tersebut merupakan kali ke-5 ia diadakan dengan kerjasama pusat membeli-belah tersebut. Sejak ia diadakan, bazar ini telah mendapat dorongan daripada orang ramai untuk pihak kedutaan terus mengadakan bazar berkenaan.

 

Sebanyak lebih 50 vendor iaitu mereka yang bergiat aktif dalam menjual dan mengeluarkan produk Thailand di Negara Brunei Darussalam dan Thailand ikut serta dalam Thailand Bazar tersebut di mana pelbagai jenis makanan dan minuman Thailand ditawarkan kepada orang ramai.

 

Selain itu, turut ditawarkan makanan ringan, pakaian sutera Thai, perhiasan dan kraf tangan Thai juga turut ditawarkan kepada para pengunjung terutama kepada penggemar produk-produk Thailand.

 

Antara aktiviti yang diadakan pada majlis perasmian tersebut ialah demonstrasi masakan daripada wakil-wakil Restoran Thai, termasuk pakar ukiran buah-buahan dan sayur-sayuran di man ia akan terus diadakan di sepanjang bazar tersebut berlangsung sekali gus menarik lagi akan perhatian orang ramai akan kehebatan budaya Thailand.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06