FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berazam, Bertekad Mendukung Islam Dengan Nilai Luhur


 


 June 30th, 2023  |  09:01 AM  |   171 views

KIARONG

 

Aidiladha yang kita raikan pada saat ini mengingatkan kita akan kisah perjuangan dan pengorbanan agung Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sabar memghadapi ujian semata-mata untuk mencari keredaan Allah serta memartabatkan agamanya.

 

Sudah tentu dalam rangka Aidiladha ini wajib bagi kita untuk mencontohi jejak langkah Nabi Ibrahim Alaihissalam dalam perjuangan menegakkan agama Allah.

 

Demikian antara inti pati yang terkandung dalam Khutbah Khas Pertama sejurus selesai menunaikan Sembahyang Sunat Aidiladha pada Tahun 1444H di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong di sini yang juga dipersembahkan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Juga berangkat bersama jemaah di sini ialah paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 

Khutbah Khas Pertama yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan juga menggariskan penyerahan dan keimanan Nabi Ibrahim dan puteranya, Nabi Ismail bulat-bulat kepada Allah tanpa ada batasannya. Menyerah pasrah kepada Allah dan mentaati perintah-perintah Allah dengan ikhlas dan hati terbuka.

 

​“Sifat dan sikap Nabi Ibrahim itu sewajarnya dimiliki oleh setiap kita selaku umat Islam. Orang Islam hendaklah berserah diri kepada kehendak Allah bulat-bulat tanpa ada batas-batasnya. Menerima Islam tidak boleh mengikut selera sendiri," ujar Yang Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

 

Yang Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama semasa membacakan khutbah itu seterusnya menekankan, apabila mengaku beriman kepada Allah maka tidak boleh menerima sebahagian perintah dan menolak sebahagian yang lain.

 

Sementara dalam Khutbah Khas Kedua pula menegaskan untuk kita terus berazam dan bertekad untuk mendukung Islam yang mengajarkan nilai-nilai luhur sebagai satu cara hidup yang lengkap untuk terus kita nikmati di bumi bertuah ini.

 

“Kita dukung kepimpinan raja kita yang menjadikan Islam sebagai teras pembangunan negara melalui tiga mekanisme iaitu perlembagaan Negara Brunei Darussalam, pemasyhuran kemerdekaan dan falsafah negara Melayu Islam Beraja, ini bermakna ajaran Islam menjadikan pegangan negara dengan rujukan umatnya, Al-Quran dan sunnah.

 

“Kita indahkan perintah-perintah Allah dan larangan-larangan Allah yang terdapat di dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan penuh kesedaran tulus," katanya.

 

Tambah Yang Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, demikianlah penyerahan diri bulat-bulat kepada kehendak Allah. Semoga dengan itu, negara kita akan terus diberkati, dilimpahi dengan keamanan, keharmonian, kesekahteraan dan kemakmuran.

 

Sesungguhnya kisah pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihissalam adalah manifestasi lambang ketundukan, ketaatan dan kepatuhan yang cukup tinggi daripada seorang hamba di dalam mentaati perintah Allah. Kisah pengorbanan mereka telah menjadi pengetahuan umum kepada seluruh umat manusia.

 

Terdahulu, keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat diraja dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Tahun 1444H.

 

Turut menjunjung keberangkatan baginda, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim.

 

Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha Berjemaah diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06