FacebookInstagramTwitterContact

 

Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>           RB Corporate Hari Raya Celebration           >>           Hari Raya Celebration           >>           Retirement Certificate Presentation Ceremony           >>           Survival Gardening: The Best Crops To Grow For Self-Sufficiency           >>           Latest EWG Consumer’s Guide Reveals 2024’s DIRTY DOZEN And CLEAN FIFTEEN           >>           Tiktoker Nara Smith’s New Cooking Video Is Her Most Controversial Yet           >>           Gypsy Rose Blanchard Reveals How Her Nose Job Impacted Her Ego           >>           Spacex's Crew-8 Astronauts Move Dragon At The ISS To Make Way For Boeing's Starliner           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pengurniaan Agihan Daging Korban Sempena Aidiladha


 


 June 30th, 2023  |  09:03 AM  |   161 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pengagihan daging-daging Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta kerabat baginda bersempena menyambut Hari Raya Aidiladha bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi berlangsung hari ini di Dewan Persantapan Diraja, Istana Nurul Iman, di sini.

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja dijunjung oleh Penasihat-penasihat Bersama dan Pengerusi Bersama dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat baginda dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Istana Nurul Iman bagi Tahun 1444H / 2023M.

 

Berangkat sama, paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 

Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja.

 

Sebelum majlis dimulakan, selawat dipersembahkan daripada pegawai-pegawai dan kakitangan dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, Jabatan Pengajian Islam, penuntut-penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

Seterusnya bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dipersembahkan oleh naib johan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-59 Tahun 1438H / 2017M di Kuala Lumpur, Malaysia, Pengiran Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki.

 

Sementara Tadabbur Ayat pula disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahhuddin.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya berkenan mengurniakan daging ibadah korban kepada penerima khas yang terdiri daripada asnaf fakir dan miskin daripada seluruh negara seramai 50 penerima lelaki, sementara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri pula berkenan mengurniakan daging ibadah korban kepada 50 penerima perempuan.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Pada tahun ini, sebanyak 184 ekor sapi dan 14 ekor kambing dikorbankan, sebahagian daging ibadah korban sunat tersebut diagihkan kepada sejumlah 17,248 orang asnaf fakir dan miskin beserta tanggungan di seluruh negara.

 

Antara yang turut dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidiladha di Istana Nurul Iman ialah saudara-saudara baharu, persatuan-persatuan dan NGOs, sukarelawan da'ie, belia masjid, Muslimah masjid, mahasiswa-mahasiswi institusi pengajian tinggi dan pelajar-pelajar sekolah ugama.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06