FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


126 Terima Daging Korban Kementerian Pembangunan


 


 July 1st, 2023  |  09:47 AM  |   110 views

BERAKAS

 

Sebanyak lima ekor kerbau dikorbankan dan seterusnya diagihkan kepada seramai 126 penerima yang terdiri daripada kalangan warga Kementerian Pembangunan pada Majlis Ibadah Korban yang diadakan oleh Kementerian Pembangunan kelolaan Jabatan Kerja Raya yang berlangsung petang tadi di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pengagihan daging korban ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

 

Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Pemangku Jurutera, Jabatan Saliran dan Pembetungan, Awang Abdul Muiz bin Junaidi, diikuti dengan ceramah khas sempena Ibadah Korban dan Hari Raya Aidiladha bertajuk 'Berkorban Apa Saja' yang disampaikan oleh penceramah undangan, iaitu Kaunselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Awang Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor.

 

Acara kemudiannya diteruskan lagi dengan pengagihan daging korban.

 

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohammad Salleh; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; serta ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Majlis keagamaan berkenaan antara lain merupakan salah satu aktiviti Kementerian Pembangunan yang diadakan pada setiap tahun sebagai tanda bersyukur atas segala nikmat kurnia Allah Subhanahu Wata'ala, di samping bertujuan untuk memupuk nilai persaudaraan dan mengeratkan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06