Home > Bahasa Melayu
Ibadah Korban Pertingkatkan Ketakwaan Kepada Allah
July 3rd, 2023 | 10:31 AM | 56 views
BERAKAS
Seramai 42 Ahli Pertubuhan WARGAMAS menyertai ibadah korban pada tahun ini iaitu sebanyak enam ekor kerbau telah dikorbankan.
Sehubungan itu, Majlis Ibadah Korban Pertubuhan WARGAMAS diadakan pagi tadi bertempat di Ibu Pejabat Pertubuhan WARGAMAS, di Jalan Utama, Berakas, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Haji Abdul Rahim dan isteri, Datin Hajah Zaleha binti Haji Bujang.
Majlis itu dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, Doa Selamat dan Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Setelah itu diikuti dengan ucapan Yang Di-Pertua @ Pengerusi Pertubuhan WARGAMAS, Awang Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don selaku Pengerusi Majlis dan disusuli laungan takbir Hari Raya Aidiladha oleh Wargawira Pertubuhan WARGAMAS.
Acara itu diakhiri dengan pengagihan daging korban kepada para penerima.
Dengan adanya ibadah korban ini akan meningkatkan lagi ketakwaan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]