Home > Bahasa Melayu
Majlis Khatam Raikan 18 Murid Darjah VI
July 5th, 2023 | 09:34 AM | 34 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sekolah Ugama Datu Mahawangsa Lambak, Kawasan Brunei IIA hari ini meraikan seramai 18 murid Darjah VI terdiri daripada lapan lelaki dan 10 perempuan berjaya menamatkan pembacaan Al-Quran 30 Juz.
Sehubungan itu, Majlis Khatam Al-Quran bagi Murid-Murid Darjah VI sekolah tersebut bagi Tahun 1444H / 2023M berlangsung di dewan sekolah berkenaan petang tadi.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Bahagian Kurikulum, Jabatan Pengajian Islam, Awang Haji Johar bin Haji Jumat. Majlis Khatam dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh tetamu kehormat.
Acara diteruskan dengan bacaan surah ayat-ayat lazim bermula dari Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Naas oleh peserta-peserta Khatam disusuli dengan bacaan Takhtim oleh murid-murid perempuan Darjah IV dan V.
Pada majlis tersebut, tetamu kehormat juga menyampaikan sijil kepada peserta-peserta Khatam diiringi dengan Persembahan Dikir Marhaban oleh murid-murid lelaki Darjah IV dan V.
Antara tujuan majlis diadakan ialah bagi menepati hasrat kerajaan dalam melahirkan generasi celik Al-Quran, beriman, beramal dan bertakwa.
Majlis Khatam Al-Quran juga bertujuan bagi memupuk semangat murid-murid agar sentiasa mencintai serta menghayati Al-Quran dan ajaran agama Islam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]