FacebookInstagramTwitterContact

 

Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project Launching Ceremony           >>           Doa Kesyukuran Ceremony           >>           Commemorating Mosque's 25th Anniversary           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hayati Pengajaran Peristiwa Hijrah Rasulullah


 


 July 23rd, 2023  |  12:07 PM  |   166 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bagi memperingati dan membesarkan lagi hari-hari kebesaran Islam, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa dan Urus Setia Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan petang tadi mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1445 bertempat di Dewan Utama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, kementerian berkenaan. Sambutan dihadiri oleh seramai 150 pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pendidikan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Ahmad; Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Dr. Shamsiah Zuriani Kanchanawati binti Haji Tajuddin; Naib Canselor UTB, Datin Paduka Professor Dr. Dayang Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman; Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dr. Chin Wei Keh; Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

 

Sementara itu, Pegawai Ugama, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Siti Juhaidah binti Haji Bujang dalam Ceramah Khas bertajuk 'Ugama Dipelihara, Negara Sejahtera' menjelaskan, Ilal hijrah bermaksud menuju ke arah perubahan yang lebih baik.

 

“Penghijrahan hari ini juga adalah penghijrahan batin dan rohani kita. Sebelum menginginkan perubahan arah orang lain, ubahlah diri kita sendiri terlebih dahulu. Kerana perubahan diri kita itu akan mencerminkan yang terbaik buat orang lain," ujarnya.

 

Menurutnya lagi, dalam melangkah ke Tahun Baharu Hijrah juga dinasihatkan untuk memasang azam ke arah menuju yang lebih baik dan kemudian apabila sudah menjadi yang lebih baik kita berusaha lagi untuk menjadi orang yang bertakwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan diserikan dengan Selawat Tafrijiyyah.

 

Adapun majlis bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan penghayatan mengenai pengajaran di sebalik peristiwa hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48