FacebookInstagramTwitterContact

 

Beads Exhibition: 1000 Years           >>           Haj Management Preparation Meeting           >>           Arrival of Haj Management Officers           >>           Doa Selamat Ceremony for Intending Haj Pilgrims, Ministry of Culture, Youth and Sports National           >>           Doa Selamat Ceremony for Intending Haj Pilgrims, The Prime Minister's Office           >>           National Musabaqah Al-Qur'an Reading for Adults           >>           National Musabaqah Al-Qur'an Reading Full Rehearsal           >>           State Visit to the Democratic Republic of Timor-Leste, 20th May 2024           >>           Throwing Cash In The Air - Nigeria's Wedding Dilemma           >>           Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memantapkan Kemahiran Automotif, Memperkasa Pembangunan Mekanik


 


 August 17th, 2023  |  09:34 AM  |   181 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sendirian Berhad (BSM) melancarkan Program Master Mechanics pagi tadi di Tarindak D'Seni, Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, di ibu negara.

 

Pelancaran program itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, merangkap ahli Lembaga Pengarah BSM selaku tetamu kehormat.

 

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap (Wawasan, Kewangan dan Kabinet) di JPM, Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad; Pemangku Setiausaha Tetap (Tenaga) di JPM, Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra; Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Ir. Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof; Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Haji Mohammad Salihin bin Haji Aspar; dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Darussalam Enterprise (DARe), Daniel Leong.

 

Dalam ucapannya, Yang Berhormat menzahirkan keyakinan bahawa program tersebut akan memberi manfaat besar kepada mekanik di negara ini, memupuk pembangunan dan meningkatkan kemahiran automotif mereka untuk memenuhi keperluan kenderaan di negara ini dengan berkesan dan cekap.

 

Yang Berhormat menambah, walaupun menghadapi cabaran, sektor automotif akan sentiasa menjadi pilihan kerjaya yang berdaya maju untuk pencari kerja dan Program Master Mechanics menyediakan platform bagi peluang pekerjaan juga sebagai sokongan perniagaan kepada mekanik yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan dengan membuka bengkel mereka sendiri pada masa hadapan.

 

Sementara itu, Pengarah Urusan BSM, Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abd Jalil dalam ucapan alu-aluan menekankan, program berkenaan direka untuk menyediakan platform yang komprehensif kepada para mekanik bagi memperluaskan pengetahuan mereka.

 

 

Inisiatif komprehensif tersebut merangkumi pelincir, teknologi enjin, piawaian industri, perkhidmatan pelanggan dan pembangunan perniagaan, yang mempamerkan komitmen BSM bagi memacu pembangunan sektor automatif.

 

Para peserta program akan diberi peluang untuk memperhalusi kemahiran mereka melalui Shell Workshop Academy, bagi memperoleh maklumat mengenai piawaian-piawaian kualiti Shell Lubricants.

 

Selain itu, para peserta akan dinilai melalui cabaran-cabaran praktikal dan kuiz-kuiz, di mana para peserta yang mendapat markah yang tinggi akan diberikan latihan lanjutan dan peluang untuk memperkembangkan pelan perniagaan yang mapan dengan sokongan melalui ekosistem rakan kongsi perniagaan BSM, termasuk program-program Shell Helix Branded Workshop.

 

Bengkel tersebut menyediakan sokongan dalam bentuk pelaburan aset dan material 'start-up', selain peluang pemadanan kerja yang difasilitasi oleh BSM dan rakan-rakan kongsi perniagaan BSM.

 

Program ini dibukakan kepada semua mekanik automobil sebagai sebahagian daripada strategi penglibatan. BSM juga telah melibatkan Kampus Mekanikal IBTE untuk meningkatkan kesedaran mengenai program berkenaan.

 

Sambutan bagi program itu adalah sangat menggalakkan dengan lebih 500 pendaftaran diterima.

 

Program Master Mechanics mencerminkan cita-cita lebih besar untuk memacu pertumbuhan industri dan memperkasa para mekanik untuk membuat sumbangan yang besar kepada ekonomi negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 00:12:48