FacebookInstagramTwitterContact

 

Beads Exhibition: 1000 Years           >>           Haj Management Preparation Meeting           >>           Arrival of Haj Management Officers           >>           Doa Selamat Ceremony for Intending Haj Pilgrims, Ministry of Culture, Youth and Sports National           >>           Doa Selamat Ceremony for Intending Haj Pilgrims, The Prime Minister's Office           >>           National Musabaqah Al-Qur'an Reading for Adults           >>           National Musabaqah Al-Qur'an Reading Full Rehearsal           >>           State Visit to the Democratic Republic of Timor-Leste, 20th May 2024           >>           Throwing Cash In The Air - Nigeria's Wedding Dilemma           >>           Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Operasi Kelinga Dapati Beberapa Kesalahan


 


 August 18th, 2023  |  09:07 AM  |   64 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh para majikan, Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh telah mengendalikan Operasi Kelinga 181/2023 di Kampung Sungai Hanching dan Kampung Sungai Akar pada 14 Ogos 2023.

 

Menurut Siaran Akhbar Jabatan Buruh, pemeriksaan pertama yang telah dijalankan di sebuah kedai runcit di Kampung Sungai Akar telah mendapati sebanyak empat kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009 yang dilakukan oleh majikan, iaitu Bab 72 majikan gagal memberikan cuti sakit; Bab 82 gagal menyediakan kelengkapan pertolongan cemas; Bab 112(1) menggaji pekerja asing tanpa lesen daripada Pesuruhjaya Buruh; dan Bab 112(2) kesalahan melanggar syarat-syarat lesen pengambilan pekerja asing di mana seorang pekerja berjawatan sebagai Kitchen helper jadi Pelayan, dan seorang pekerja berjawatan sebagai Pelayan membuat pekerjaan sebagai Juruwang dan Tukang Membuat Minuman.

 

Pemeriksaan kedua yang telah dijalankan di sebuah Salon di Kampung Sungai Hanching telah mendapati sebanyak tiga kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009 yang dilakukan oleh majikan, iaitu Bab 39 gagal membayar gaji pekerja dan bayaran lebih masa; Bab 82 gagal menyediakan kelengkapan pertolongan cemas; dan Bab 112(2) kesalahan melanggar syarat-syarat lesen pengambilan pekerja asing di mana dua orang pekerja berjawatan sebagai Manicurist membuat pekerjaan sebagai Juruwang.

 

Bagi kesalahan tersebut, jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda kompaun sebanyak BND600 bagi kesalahan pertama dan BND900 bagi kesalahan kedua, manakala bagi kesalahan ketiga ataupun jika gagal membayar denda kompaun tersebut, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

 

Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh ingin mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

 

Para majikan adalah dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

 

Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh menerusi talian +673 2381848 (semasa waktu bekerja) atau +673 7298989 (di luar waktu bekerja).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 00:12:48