FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Terus Terokai Peluang Keusahawanan


 


 August 22nd, 2023  |  11:20 AM  |   154 views

TUNGKU LINK

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD) bertitah, menggalakkan para graduan supaya tidak jemu-jemu meneroka peluang keusahawanan.

 

Bidang ini tegas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, mampu untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan mencipta peluang-peluang baharu perniagaan dan pekerjaan.

 

Oleh itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam titahnya, mengambil maklum bahawa UBD telah merangka satu Entrepreneurship Blueprint bagi memastikan ekosistem keusahawanan para pelajar UBD adalah lebih teratur dan komprehensif.

 

“Beta berharap usaha ini akan benar-benar menyuntik minda keusahawanan di kalangan para pelajar.

 

“Dari sini akan dapat dilihat betapa sebuah universiti itu mampu untuk berperanan mencipta ataupun Co-create masa depan pelajar cemerlang selaras dengan 'tagline' UBD iaitu Futuring Together," dalam titah Kebawah DYMM pada Majlis Konvokesyen Kali Ke-35 UBD, di Dewan Canselor, UBD.

 

Sehubungan itu, baginda mengingatkan supaya UBD menekankan kepada para graduan bahawa aktiviti mereka bukan hanya untuk kebaikan diri sendiri, malahan juga untuk berbakti kepada bangsa, ugama dan negara.

 

“Beta juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga UBD, yang merangkumi Ahli-Ahli Majlis, Ahli-Ahli Senat Universiti, Naib Canselor, Pegawai-Pegawai Utama, ahli akademik, pegawai dan kakitangan universiti atas segala sumbangan dan perkhidmatan mereka. Semoga segala usaha mereka itu akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata'ala," titah baginda.

 

Terdahulu, baginda dalam titahnya juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para graduan kerana berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing dan juga kepada para ibu bapa, penjaga dan tenaga ahli akademik atas dorongan dan sokongan mereka di sepanjang tempoh pengajian di UBD.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06