FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


61 Pelajar Terima Biasiswa Kerajaan Ke Luar Negara


 


 August 25th, 2023  |  10:48 AM  |   74 views

BERAKAS

 

Seramai 61 pelajar dianugerahkan Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di bawah Skim Biasiswa Peringkat Ijazah Sarjana Muda ke Luar Negeri bagi Sesi Akademik 2023 / 2024.

 

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa, hari ini, mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Bagi Pelajar-pelajar Baru Dianugerahkan Skim Biasiswa Kerajaan ke Luar Negeri Sesi Akademik 2023 / 2024 berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyaksikan Majlis Penandatanganan ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Ahmad.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Ketua Pegawai Dermasiswa dan Kesejahteraan, Jabatan Pengurusan Biasiswa, Awang Haji Raminey bin Haji Salleh.

 

Menandatangani bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Jabatan Pengurusan Biasiswa, Dayang Rosimah Sumaimah binti Haji Matassim.

 

Manakala para penerima menandatangani perjanjian tersebut ditemani dengan dua orang penjamin.

 

Sementara itu, pelajar-pelajar di Bawah Skim Biasiswa ke Luar Negeri dan Skim Biasiswa Khas Dalam Negeri ke Sekolah-sekolah Antarabangsa ketika ditemui rata-rata melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala dan merakamkan ucapan menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM atas penganugerahan biasiswa yang diberikan.

 

Dayangku Durratul Mumtazah binti Pengiran Suniman yang akan mengambil jurusan Law (LLB) University of Reading merasa sangat gembira kerana dapat melanjutkan pengajian, dengan cita-cita untuk menjadi seorang peguam.

 

Dengan melanjutkan pengajian dalam jurusan undang-undang, Dayangku Durratul Mumtazah berharap akan boleh mencekapkan lagi sistem undang-undang di Negara Brunei Darussalam demi menjaga keselamatan serta keharmonian negara dan rakyat Brunei, dalam masa yang sama, mencapai Wawasan Brunei 2035.

 

Manakala bagi Awang Muhammad Faiq bin Shahari yang mengambil jurusan Bsc (Hons) Healthcare Science (Cardiac Physiology) pula berharap dengan peluang yang diberikan bagi melanjutkan lagi pengajiannya dalam bidang Cardic Physiology di University of Leeds itu nanti akan dapat membantu bagi meningkatkan tahap pendidikan dan ilmu beliau dalam bidang yang diceburi dan InsyaaAllah dapat mencapai dan merealisasikan Wawasan Brunei 2035 pada masa akan datang.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41