FacebookInstagramTwitterContact

 

Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>           'Musyawarah Mastera 2024'           >>           4WD Ambulance Handover Ceremony           >>           Seminar on Reginal Climate Action Collaboration           >>           Haj and Umrah Review Session           >>           Official Visit to the Consulate General of Brunei Darussalam           >>           Advance Check-In for Intending Haj Pilgrims           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Terus Timba Ilmu Tingkatkan Kemahiran, Kemajuan


 


 August 31st, 2023  |  09:56 AM  |   234 views

BERAKAS

 

Melanjutkan pengajian ke peringkat universiti memberikan peluang dan pengalaman yang berharga kepada setiap pelajar.

 

 Pelita Brunei berkesempatan menemu bual beberapa orang graduan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) semasa Majlis Hafl Al-Takharruj UNISSA Ke-13, Tahun 2023 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini.

 

 Muhammat Faosan Dohae, dari Pattani, Selatan Thailand berkata, semasa pertama kali menjejakkan kaki ke negara ini pada tahun 2015 untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat sarjana di UNISSA, beliau merasakan suasana yang tenang membuatkannya lebih fokus kepada pembelajaran, di samping kagum dengan cara sistem pekerjaan di negara ini yang teratur.

 

 Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah dalam Shariah Islamiah di universiti yang sama pada tahun 2017.

 

Pensyarah di salah sebuah institusi pengajian di Pattani ini juga menyeru para pelajar yang baharu melanjutkan pengajian ke peringkat universiti untuk tidak pernah jemu menuntut ilmu kerana ia adalah asas bagi setiap bangsa untuk menuju kemajuan dan Rasulullah sendiri mewajibkan umat Islam untuk menuntut ilmu.

 

Sementara itu, salah seorang graduan Sarjana dalam bidang Teknologi Media dan Komunikasi Islam (by Research), Dayangku Siti Nurul Mashitah binti Pengiran Mohd. Sahar melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana berjaya menamatkan pengajian.

 

 "Kejayaan ini bagi saya merupakan 'stepping stone' (batu loncatan) untuk saya mendapatkan lebih banyak pengalaman yang dapat digunakan semasa menempuh alam pekerjaan nanti.

 

 "Saya berharap agar dapat menggunakan ilmu yang dipelajari sepanjang pengajian di UNISSA untuk memberi manfaat kepada mana-mana pihak atau agensi yang memerlukan kepakaran saya," ujar beliau.

 

 Raihanah binti Haji Awang Saidi, yang pernah penuntut di salah sebuah universiti di Mesir dalam jurusan Shariah Islamiah selama dua tahun turut menyeru para pelajar agar terus menimba pengetahuan dan pengalaman di UNISSA bagi mempertingkatkan lagi kemahiran diri.

 

 "Alhamdulillah, saya berasa bersyukur kerana berpeluang untuk memperoleh pengalaman dan mengasah kemahiran di universiti berkenaan antaranya dari segi kepimpinan dan analisis," jelasnya.

 

 Graduan Sarjana Muda Kelas Pertama Kepujian dalam bidang Shariah, Fiqh dan Kehakiman tersebut menzahirkan harapan agar dapat memberikan sumbangan positif kepada masyarakat di negara ini melalui pengalaman dan kemahiran yang beliau perolehi sepanjang menuntut di UNISSA.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Stop Threatening Taiwan', Its New President William Lai Tells China

 2024-05-21 00:38:29

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04