FacebookInstagramTwitterContact

 

Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>           Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'           >>           Slowdown In US Job Growth Revives Rate Cut Talk           >>           Apple Sales Fall In Nearly All Countries           >>           Goldman Sachs Removes Bankers' Bonus Limit           >>           Turkey Halts Trade With Israel Over 'Humanitarian Tragedy' In Gaza           >>           Kyiv Can Use British Weapons Inside Russia – Cameron           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hubungan Persahabatan NBD-China Terus Dipertingkat


 


 September 3rd, 2023  |  16:02 PM  |   370 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Hubungan Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Republik Rakyat China berkembang dengan pesat sejak penubuhan hubungan diplomatik pada tahun 1991.

 

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke NBD, Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo menjelaskan bahawa kedua-dua negara bukan sahaja berjiran rapat di seberang laut tetapi juga merupakan negara yang mempercayai antara satu sama lain untuk pembangunan bersama.

 

Menurut Tuan Yang Terutama, ia telah menunjukkan contoh layanan yang sama rata, kewujudan yang aman dan kerjasama antara negara besar dan kecil.

 

Dalam beberapa tahun yang lalu jelas TYT, di bawah kepimpinan strategik Presiden Republik Rakyat China, TYT Xi Jinping dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan sokongan dan usaha bersama rakan-rakan daripada semua lapisan masyarakat, perkongsian koperasi strategik China dan NBD telah mencapai pembangunan baharu dan menuai pencapaian baharu.

 

“Kita mempunyai komunikasi yang kerap antara peringkat tinggi dan kepercayaan bersama politik terus mendalam. Kedua-dua pihak telah mewujudkan mekanisme perundingan rakan sejawatan dalam pelbagai bidang seperti diplomasi, ekonomi, perdagangan dan pertahanan dan mengekalkan komunikasi yang komprehensif dan rapat antara kedua-dua buah negara," ujar TYT semasa Forum Sejarah Kesultanan Brunei yang berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei (PSB), di sini.

 

Menurut TYT lagi, pertukaran antara rakyat dan budaya beriringan dan rakyat kedua-dua negara saling mengenali antara satu sama lain di mana sejak awal tahun ini, kedua-dua negara mengadakan pertukaran rapat delegasi dalam bidang kebudayaan, pendidikan, kesihatan, wanita, belia dan hal ehwal tempatan.

Tambah TYT, kita juga bekerjasama untuk menggalakkan kerjasama China-ASEAN, mengekalkan komunikasi dan penyelarasan dalam hal ehwal antarabangsa serta menggalakkan multilateral sebenar di samping bekerjasama untuk keamanan, kestabilan, pembangunan serantau dan usaha untuk menggalakkan pembinaan komuniti bagi masa depan bersama.

 

Forum anjuran PSB dengan kerjasama Kedutaan Republik Rakyat China dan Persatuan Persahabatan Brunei-China itu disampaikan oleh Pengetua PSB, Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong yang antaranya mengongsikan hubungan persahabatan antara NBD dan China sudah terjalin sejak sekian lama sepertimana yang dicatatkan dalam dokumen-dokumen sejarah China.

 

Menurutnya, hubungan persahabatan ini terus terjalin hingga ke hari ini khususnya dalam bidang ekonomi, sosiobudaya dan diplomasi. Kemuncak persahabatan antara kedua-dua negara jelas melalui hubungan diplomatik antara NBD dan Republik Rakyat China.

 

Hadir selaku tetamu khas forum ialah Presiden Persatuan China-ASEAN, Puan Yang Terutama Gu Xiulian. Turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Persahabatan Brunei-China, Dr. Muhammad Firdaus bin Abdul Rahman.

 

Objektif forum adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman secara ringkas tentang sejarah dan budaya NBD serta meningkatkan pengetahuan dan menyebarluaskan fakta sejarah yang menarik tentang NBD di samping meningkatkan lagi hubungan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua buah negara. 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16