FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


68 Graduan UNISSA Terima Pingat, Hadiah Buku


 


 September 3rd, 2023  |  16:22 PM  |   383 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 68 graduan terpilih menerima pingat dan hadiah buku sempena Hafl Al-Takharruj Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Ke-13.

 

Daripada jumlah tersebut, seorang penerima Pingat Pro-Canselor, seorang penerima Pingat Rektor, sembilan penerima Pingat Universiti dan 57 penerima Hadiah Buku bagi pelbagai kriteria.

 

Majlis Penyampaian Pingat dan Hadiah Buku sempena Hafl Al-Takharruj UNISSA Ke-13 itu berlangsung di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian pingat dan hadiah buku ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh selaku Pengerusi Majlis UNISSA.

 

Dalam ucapan alu-aluannya, Penolong Rektor (Akademik), UNISSA, Profesor Madya Dr. Siti Sara binti Haji Ahmad, selaku Pengerusi Bersama Majlis berkata bahawa UNISSA telah memasuki 13 tahun mengadakan Sambutan Hafl Al-Takharruj dan seterusnya meraikan kecemerlangan graduan serta pelajar setiap tahun pengajian menerusi Majlis Penyampaian Pingat dan Hadiah Buku.

 

Sepertimana lazimnya, UNISSA menyediakan empat jenis pingat iaitu Pingat Canselor, Pingat  Pro Canselor, Pingat Rektor dan Pingat Universiti.

 

UNISSA juga pada waktu yang sama, menyediakan hadiah buku bagi empat kategori yang berbeza iaitu Hadiah Buku Bagi Tahun Akhir, Hadiah Buku Bagi Selain Dari Tahun Akhir, Hadiah Buku Bagi Keputusan Cemerlang dalam Kursus Al-Quran (aliran Arab dan juga aliran Inggeris) dan Hadiah Buku Bagi Keputusan Cemerlang dalam Kursus Melayu Islam Beraja.

 

Beliau menambah lagi bahawa kesemua pingat dan hadiah buku ini mempunyai kriteria masing-masing, yang mana kriteria ini dinilai bukan sahaja dari sudut kecemerlangan dalam akademik, kecemerlangan dalam aktiviti serta khidmat masyarakat, bahkan yang paling penting adalah kecemerlangan sahsiah.

 

Ketika ditemui pada majlis tersebut, penerima Pingat Pro-Canselor, Awang Abdul Rashid bin Haji Zainie, graduan Fakulti Bahasa Arab dalam Sarjana Muda Bahasa Arab dan Terjemahan menzahirkan rasa kesyukurannya atas pengiktirafan tersebut dan beliau menganggap kejayaan berkenaan adalah berkat doa daripada ibu bapa dan bimbingan guru-guru termasuk rakan-rakan yang mahu bersaing secara sihat.

 

Mengongsikan cabaran dalam pengajiannya, Awang Abdul Rashid menambah, disebabkan persekitaran yang bukan bertutur dalam bahasa Arab, mereka perlu mewujudkan 'circle' dalam kalangan rakan-rakan supaya mereka dapat menyesuaikan dan mendalami lagi bidang bahasa Arab tersebut.

 

Menurutnya lagi, salah satu motivasi untuk beliau dan rakan-rakan lainnya mendalami bahasa Arab ialah disebabkan bahasa tersebut merupakan bahasa Al-Quran dan mereka benar-benar mahu memahami Al-Quran.

 

Menyentuh perancangan akan datangnya, graduan berusia 23 tahun ini berhasrat untuk melanjutkan lagi pengajiannya ke peringkat seterusnya hingga ke peringkat Doktor Falsafah.

 

Mengakhiri temu bual, beliau mengingatkan pelajar-pelajar yang masih dalam pengajian untuk tidak mudah putus asa dan perlunya ada 'mindset' yang akan mendorong diri mereka mencapai apa yang mereka impikan.

 

Bukan itu sahaja jelasnya, apa yang mustahak juga ialah untuk sentiasa berdoa memohon kepada Allah Subhanahu Wata'ala kerana apabila doa itu sentiasa diulang-ulang, insyaaAllah ia akan dimakbulkan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06