FacebookInstagramTwitterContact

 

Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project Launching Ceremony           >>           Doa Kesyukuran Ceremony           >>           Commemorating Mosque's 25th Anniversary           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Atlet Gagal Ujian Kawalan Doping


 


 September 6th, 2023  |  12:20 PM  |   3570 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jawatankuasa Anti-Doping Brunei Darussalam (BDADC), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) ingin memaklumkan bahawa Sampel Pengujian Kawalan Doping Luar Pertandingan (Out-of-Competition Testing) yang diambil oleh pihak BDADC sebelum Kejohanan Sukan Asia Tenggara (SEA Games, Phnom Penh 2023) telah didapati positif atau Adverse Analytical Finding (AAF).

 

Pengesahan Keputusan Ujian telah diterima dari Makmal Anti-Doping, Doha, Qatar (ADLQ) bagi analisis sampel atlet Badminton berkenaan dan dilaporkan penemuan bahan terlarang (prohibited substances) dalam sampel berkenaan iaitu Anabolic Androgenic Steroids (AAS) di bawah Kelas S1.1 - Drostanolone yang merupakan bahan yang disenaraikan dalam senarai bahan yang dilarang penggunaannya di dalam dan di luar waktu pertandingan oleh World Anti-Doping Agency (WADA).

 

Berikutan dengan itu, setelah melaksanakan siasatan yang terperinci dan telus, maka Jawatankuasa Pengurusan Keputusan BDADC membuat keputusan bahawa atlet yang terlibat adalah digantung daripada sebarang penyertaan sukan kejohanan rasmi pada peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa sama ada di dalam atau di luar negara termasuk mengikuti sebarang latihan mahupun melatih atlet dalam sukan Badminton bagi tempoh empat tahun.

 

Walau bagaimanapun, atas kerjasama dan pengakuan awal atlet tersebut berkenaan kes ini, tempoh penggantungan tersebut dikurangkan satu tahun menjadikan tempoh penggantungan beliau menjadi tiga tahun bermula 24 Jun 2023 hingga 24 Jun 2026, di samping itu, segala medal kemenangan, kutipan mata (points) dan hadiah kemenangan akan ditarik balik.

 

Prinsip kebertanggungjawaban mutlak (Principle of Strict Liability) adalah berkaitan dengan atlet tersebut. Ini bermakna atlet tersebut bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan yang terdapat dalam sampel urin yang diambil semasa pengujian kawalan 'doping', tidak kira sama ada atlet itu secara sengaja atau tidak sengaja menggunakan bahan atau kaedah terlarang.

 

Oleh itu, adalah penting bagi setiap atlet dan kakitangan sokongan atlet mengetahui peraturan dan memahami tanggungjawab mereka di bawah Kod Anti-Doping Dunia (World Anti-Doping Code).

 

Seterusnya, berdasarkan kepada Peraturan Anti-Doping Brunei Darussalam 2021 dan International Standard for Results Management (ISRM), Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam juga dikehendaki untuk membayar balik kemudahan yang telah diberikan kepada atlet atas perbelanjaan kerajaan semasa menyertai Kejohanan Sukan Asia Tenggara atau SEA Games, Phnom Penh, Kemboja 2023 iaitu Elaun Sara Hidup sebanyak BND300 dan tiket penerbangan sebanyak BND1,930.

 

​Pada kesempatan ini, pihak BDADC sukacita ingin menyeru kepada pihak-pihak terlibat di dalam sukan untuk sentiasa berwaspada mengenai dengan perkara-perkara yang boleh melibatkan 'doping' di dalam sukan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48