FacebookInstagramTwitterContact

 

Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project Launching Ceremony           >>           Doa Kesyukuran Ceremony           >>           Commemorating Mosque's 25th Anniversary           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Terap Kesedaran Mengenai HIV


 


 September 18th, 2023  |  07:24 AM  |   68 views

BELAIT

 

 

 

 

BELAIT, Ahad, 17 September. - Kira-kira 120 pelajar dari Pusat Tingkatan Enam Belait (PTEB) menyertai Program Kesedaran HIV bagi Rakan Sebaya dan Belia (HIV Awareness Programme for Peers and Youths - HAPPY) anjuran Majlis AIDS Brunei Darussalam (BDAIDS Council) baru-baru ini sebagai sebahagian daripada program kesedaran sekolah.

 

HAPPY ialah projek yang diterajui oleh para belia dalam meningkatkan kesedaran HIV termasuk pengetahuan tentang kehamilan remaja dan jangkitan seksual.

 

Ia merupakan program interaktif yang menggabungkan audio dan visual serta aktiviti interaktif untuk menyampaikan mesej kepada golongan muda dengan merangkumi mesej yang disesuaikan dengan masyarakat tempatan.

 

Mewakili Majlis BDAIDS dalam menyampaikan dan memudah cara program berkenaan, Penyelaras Projek HAPPY, Dayang Siti Kailene Jazlan Kashfi.

 

Menerusi taklimatnya, beliau berkongsi statistik tempatan terkini mengenai penyakit jangkitan hubungan kelamin (STI) dan Kehamilan Remaja dengan mengetengahkan umur dan jantina yang mendominasi statistik berkenaan.

 

Beliau juga turut menjelaskan bahawa angka berkenaan boleh dibendung dengan menerapkan kawalan diri dalam kalangan para remaja kita daripada terlibat dengan sebarang tingkah laku berisiko yang membawa kepada jangkitan STI, hamil luar nikah atau kahwin awal.

 

Majlis BDAIDS berharap agar para pelajar akan dapat menerima mesej berkenaan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran mereka dan menerapkannya dalam gaya hidup mereka.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48