Home > Bahasa Melayu
Peluang Sertai Kempen Derma Darah
September 19th, 2023 | 07:54 AM | 74 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan Kempen Derma Darah di beberapa buah tempat yang telah dijadualkan.
Orang ramai adalah diseru untuk menyertai kempen-kempen tersebut dan sekali gus menderma darah bagi sama-sama membantu mengekalkan bekalan stok darah di negara ini.
Kempen Derma Darah akan diadakan pada Sabtu, 23 September 2023 bertempat di Unicorp Sendirian Berhad, Tapak Perindustrian Beribi bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.
Seterusnya, Tabung Darah Hospital Pengiran Muda Mahkota Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB) juga akan mengadakan Kempen Derma Darah pada Rabu, 20 September 2023 di tempat pengambilan darah Hospital PMMPMHAMB, Tutong bersempena Ulang Tahun Jubli Perak hospital berkenaan.
Kempen tersebut bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan disambung pada jam 1.30 petang hingga 3.00 petang. Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah tersebut adalah sangat digalakkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]