FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pastikan Industri Perundangan Kekal Yakin Dalam Era Digital


Foto: Hernie Suliana Haji Othman

 


 September 19th, 2023  |  08:08 AM  |   96 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Kehakiman Negara bersama Suruhanjaya Tinggi British di Negara Brunei Darussalam hari ini menganjurkan dua sesi penyampaian kuliah oleh Master of the Rolls and Head of Civil Justice in England and Wales, The Right Honourable Sir Geoffrey Vos.

 

Pada kuliah tersebut, The Right Honourable Sir Geoffrey Vos mengongsikan mengenai tajuk Teknologi dan Akses kepada Keadilan : Revolusi England dan Wales dalam Penyelesaian Pertikaian dan Penciptaan Sistem Keadilan Digital (Technology and Access to Justice : England and Wales Revolution in Dispute Resolution and the Creation of the Digital Justice System) dan Transformasi Profesion Undang-undang melalui Kepintaran Buatan Generatif (AI) : Implikasi terhadap penyampaian Perkhidmatan Undang-undang dan penyelesaian pertikaian, termasuk Mahkamah (The Transformation of the Legal Profession through Generative Artificial Intelligence (AI) : Implications for Legal Service Delivery and Dispute Resolution, Including the Courts).

 

Hadir pada sesi kuliah berkenaan ialah Ketua Hakim Mahkamah Besar, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong Wan Oon; Peguam Negara, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa serta Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Catherine Pochkhanavala-Cleeve.

 

Juga hadir pegawai-pegawai daripada Jabatan Kehakiman Negara, Pejabat Peguam Negara, Persatuan Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Pusat Timbang Tara Brunei Darussalam (BDAC).

 

Turut menyertai sesi kuliah berkenaan secara dalam talian ialah para peserta daripada Jabatan-jabatan Kehakiman dari Republik Singapura, Malaysia dan Hong Kong.

 

Terdahulu, dalam ucapan alu-aluan daripada Pemangku Ketua Pendaftar Mahkamah Besar Negara Brunei Darussalam, Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar, menyatakan bahawa peralihan daripada keadilan analog kepada digital adalah penting dalam dunia pasca-pandemik dalam membantu menjadikan keadilan lebih mudah diakses dan dalam menjadikan proses penyelesaian pertikaian lebih mudah dan cekap.

 

“Dalam merealisasikan usaha Negara Brunei Darussalam untuk berubah menjadi sebuah negara pintar, kita mesti mengambil langkah untuk memastikan industri perundangan kita mengekalkan keyakinan penggunanya dalam era digital penyelesaian pertikaian," ujarnya.

 

 

Pengiran Masni juga menyentuh tentang bagaimana kerjasama kehakiman telah muncul sebagai tonggak utama dalam hubungan antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom dan bagaimana hubungan antara Jabatan Kehakiman Negara Brunei Darussalam dan England dan Wales telah mencapai kemajuan yang besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini oleh kerana sokongan berterusan Suruhanjaya Tinggi British.

 

Lawatan The Right Honourable Sir Geoffrey Vos menandakan kali ketiga seorang anggota kanan Badan Kehakiman England dan Wales datang ke Negara Brunei Darussalam.

 

The Right Honourable Sir Geoffrey Vos dilantik sebagai Master of the Rolls and Head of Civil Justice in England and Wales pada Januari 2023. Master of the Rolls ialah hakim kedua paling tinggi di England dan Wales selepas Lord Chief Justice.

 

Dalam peranannya sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, beliau bertanggungjawab untuk penempatan dan organisasi kerja untuk hakim di bahagian ini, serta mempengerusikan mahkamahnya dan mendengar kes-kes kompleks merentasi sivil, keluarga dan perkara-perkara tribunal.

 

Selain itu, beliau memegang pelbagai peranan kehakiman dalam bidang kuasa luar negara, termasuk Mahkamah Rayuan di Jersey dan Guernsey dari 2005 hingga 2009 dan Mahkamah Rayuan Kepulauan Cayman dari 2008 hingga 2009.

 

Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Peguam pada tahun 2007 dan sebagai Presiden Rangkaian Majlis Eropah untuk Badan Kehakiman dari Januari 2015 hingga Jun 2016.

 

Beliau telah dilantik sebagai Lord Justice of Appeal pada tahun 2013, dan menjadi Canselor Mahkamah Tinggi England dan Wales pada Oktober 2016, tempat beliau menyelia Mahkamah Perniagaan dan Harta.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48