FacebookInstagramTwitterContact

 

RB Corporate Hari Raya Celebration           >>           Hari Raya Celebration           >>           Retirement Certificate Presentation Ceremony           >>           Survival Gardening: The Best Crops To Grow For Self-Sufficiency           >>           Latest EWG Consumer’s Guide Reveals 2024’s DIRTY DOZEN And CLEAN FIFTEEN           >>           Tiktoker Nara Smith’s New Cooking Video Is Her Most Controversial Yet           >>           Gypsy Rose Blanchard Reveals How Her Nose Job Impacted Her Ego           >>           Spacex's Crew-8 Astronauts Move Dragon At The ISS To Make Way For Boeing's Starliner           >>           Two of our top Anker power banks are back on sale at all-time low prices           >>           You Can Finally Use Passkeys To Sign Into Your Microsoft Account           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Teknologi Inovatif, Kemampanan Alam Sekitar Ditekankan


 


 September 19th, 2023  |  08:20 AM  |   186 views

NANNING

 

Mesyuarat China-ASEAN Ministerial Roundtable on Construction dengan tema 'Mencapai Manfaat Bersama dan Hasil Saksama Melalui Pembukaan dan Kerjasama, dan Mengongsikan Peluang-Peluang Baru dalam Kerjsama ASEAN-China dalam Bidang Pembinaan' julung kalinya diadakan baru-baru ini di Nanning, Republik Rakyat China.

 

Mesyuarat tersebut diadakan bersempena dengan Ekspo China-ASEAN Ke-20 (20th China-ASEAN Expo - CAEXPO) dan berperanan sebagai platform bagi Menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam bidang pembinaan daripada Negara Ahli ASEAN dan Republik Rakyat China untuk mengongsikan pengalaman dan membincangkan kerjasama dalam bidang-bidang berkenaan seperti perumahan, industri pembinaan serta pembangunan bandar dan desa.

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) diwakili oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

 

Turut hadir adalah Duta Besar Istimewa dan Mutlak NBD ke Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Pehin Orang Kaya Seri Pahlawan Kolonel (B) Dato Paduka Awang Haji Abdu'r Rahmani bin Dato Paduka Haji Basir; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria, serta Pegawai-pegawai Kanan daripada Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Pembangunan.

 

Dipengerusikan oleh Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar-Desa, Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Ni Hong, mesyuarat tersebut dihasratkan sebagai wadah dalam usaha pelaksanaan-perlaksanaan Agenda Pembangunan Berdaya Tahan 2030 (2030 Agenda for Sustainable Development) dan the New Urban Agenda di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di samping pengimplentasi Belt and Road Initiative dengan mempereratkan lagi kerjasama China-ASEAN dalam bidang perumahan dan pembangunan bandar dan desa.

 

Ini adalah selaras dengan aspirasi China-ASEAN Comprehensive Strategic Partnership dan pengukuhan hubungan komuniti China-ASEAN dengan masa depan yang dikongsi bersama ke arah merealisasikan ASEAN Community Vision 2025 dengan mendukung proses pembangunan komuniti ASEAN dan ASEAN sebagai Pusat Perkembangan (ASEAN as Epicentrum of Growth).

 

Yang Berhormat Menteri Pembangunan dalam ucaptamanya menekankan peranan penting yang telah dan terus dimainkan oleh industri pembangunan dalam pembangunan ekonomi NBD dalam mana, industri ini merupakan antara penyumbang terbesar kepada hasil negara dengan penyumbangan BND446.5 juta daripada keluaran dalam negeri kasar (gross domestic product, GDP) pada tahun 2022.

 

Antara lain, Yang Berhormat Menteri Pembangunan telah menggariskan pencapaian-pencapaian signifikan yang telah dikecapi oleh sektor pembinaan di negara ini, khususnya, pembinaan Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien, jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan pembangunan Projek Loji Penapisan Minyak Hengyi Industries Sendiran Berhad.

 

Yang Berhormat Menteri Pembangunan seterusnya mengongsikan mengenai beberapa projek pembangunan di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) serta penghasilan Rangka Kerja Industri Pembinaan 2022-2035 oleh Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) dan garis panduan 'Different Abilities Design Guidelines' yang selaras dengan United Nations Convention on the Rights of Persons with Disabilities.

 

Di samping itu, Yang Berhormat Menteri Pembangunan turut memaklumkan mengenai Skim Kemajuan Perumahan Negara yang telah menyediakan lebih 30,000 buah rumah dan bidang tanah bagi rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berkelayakan sejak tahun 1984.

 

Yang Berhormat Menteri Pembangunan seterusnya menekankan pentingnya untuk mengambil kira teknologi inovatif dan kemampanan alam sekitar dalam pembinaan perumahan awam, di samping meneroka solusi perumahan vertikal (vertical housing solutions) demi untuk memanfaatkan penggunaan tanah secara optimum dalam usaha untuk menampung keperluan bagi perumahan awam.

 

Mesyuarat China-ASEAN Ministerial Roundtable on Construction telah diakhiri dengan meluluskan 'Nanning Initiative', satu dokumen yang mencerminkan aspirasi yang dikongsi oleh Menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam bidang pembinaan daripada Negara Ahli ASEAN dan Republik Rakyat China untuk mengembangkan kerjasama China-ASEAN dalam bidang perumahan dan pembangunan bandar dan desa.

 

Sebelum menghadiri Mesyuarat China-ASEAN Ministerial Roundtable on Construction, Yang Berhormat Menteri Pembangunan juga telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Chairman of Guangxi Zhuang Autonomous Region, Tuan Yang Terutama Lan Tianli, dalam mana kedua-dua belah pihak telah berpeluang untuk membincangkan potensi untuk mengembangkan pelaburan perdagangan dan ekonomi, kerjasama perindustrian serta pertukaran rakyat-ke-rakyat (people-to-people exchanges) antara NBD dan Guangxi Zhuang Autonomous Region khususnya dengan penaiktarafan Memorandum Persefahaman Koridor Ekonomi Brunei-Guangxi yang telah ditandatangani pada bulan Februari 2023 serta Koridor Perdagangan Laut-Darat Antarabangsa (International Land-Sea Trade Corridor) yang baharu.

 

Yang Berhormat Menteri Pembangunan turut mengadakan mesyuarat dua-hala dengan Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar-Desa, Republik Rakyat China, TYT Ni Hong, dalam mana, kedua-dua belah pihak telah membincangkan peluang-peluang baharu untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam dengan Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar-Desa, Republik Rakyat China melalui pertukaran amalan-amalan terbaik (best practices) dan peningkatan kapasiti dalam pembinaan perumahan awam di kedua-dua buah negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06