FacebookInstagramTwitterContact

 

Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>           RB Corporate Hari Raya Celebration           >>           Hari Raya Celebration           >>           Retirement Certificate Presentation Ceremony           >>           Survival Gardening: The Best Crops To Grow For Self-Sufficiency           >>           Latest EWG Consumer’s Guide Reveals 2024’s DIRTY DOZEN And CLEAN FIFTEEN           >>           Tiktoker Nara Smith’s New Cooking Video Is Her Most Controversial Yet           >>           Gypsy Rose Blanchard Reveals How Her Nose Job Impacted Her Ego           >>           Spacex's Crew-8 Astronauts Move Dragon At The ISS To Make Way For Boeing's Starliner           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


13 Individu, 4 Syarikat Kena Kompaun


 


 September 20th, 2023  |  07:57 AM  |   105 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Hasil tindakan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (BSB) dari tempoh 30 Ogos sehingga 6 September 2023 telah mencatatkan seramai 13 Individu dan empat buah syarikat dikenakan kompaun keseluruhan berjumlah BND6,000 kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Bab 12(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian Pindaan 2021 kerana membuang sampah di tempat awam dan laluan awam.

 

Nama-nama syarikat yang telah dikeluarkan kompaun sepanjang Operasi Bersih ialah Syarikat Hjh Safiah & Loy Aircond Sdn Bhd melakukan kesalahan di bawah Bab 12 1(d); Syarikat Sim Kim Huat Trading Co Sdn Bhd dan  Syarikat Sw Tian Kopitiam melakukan kesalahan di bawah Bab 12 1 (c) (d); Bee Hwa Restaurant melakukan kesalahan di bawah Bab 12 1 (e).

 

Manakala nama-nama individu yang dikenakan kompaun tersebut tertera di dalam rajah.

 

Menurut pindaan di bawah Perintah Kesalahan-Kesalahan Rampaian Pindaan 2021, kadar kompaun bagi mana-mana individu atau badan korporat yang dikeluarkan kompaun bagi kesalahan di bawah Bab 12 atau mana-mana kesalahan ialah bagi individu boleh dikenakan denda kompaun tidak melebihi BND1,000, sementara bagi badan-badan korporat boleh dikenakan denda kompaun tidak melebihi BND2,000.

 

Bagi kesalahan-kesalahan individu dan badan-badan korporat yang gagal menjelaskan kompaun dan diambil tindakan melalui mahkamah adalah seperti berikut, mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah bab ini jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari BND1,000 dan tidak melebihi BND3,000 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang BND3,000 dan tidak melebihi BND9,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

 

Manakala badan-badan korporat yang melakukan kesalahan pertama di bawah bab ini boleh dikenakan denda tidak kurang dari BND2,000 dan tidak melebihi BND10,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari BND10,000 dan tidak melebihi BND30,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

 

Dalam kes-kes berkenaan, individu-individu dan syarikat-syarikat berkenaan adalah dikehendaki menjelaskan kompaun masing-masing ke Bahagian Kewangan, Tingkat 3, Bangunan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Perdana Menteri dalam tempoh masa tujuh hari.

 

Jabatan Bandaran BSB mengingatkan mana-mana individu dan pemilik/penyewa bangunan untuk sama-sama menjaga aspek keindahan, kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan Bandar Seri Begawan.

 

Pada masa yang sama, Jabatan ini mengalu-alukan orang ramai untuk mengongsikan sebarang aduan dan perkongsian maklumat ke nombor talian e-Darussalam 123; e-mel '[email protected]'; website 'www.123.gov.bn'; WhatsApp +673 8333123; dan Hotline Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang +673 7291122.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06