Home > Bahasa Melayu
UNISSA, Uitm Meterai Moa Dalam Penyelidikan, Penerbitan
September 20th, 2023 | 08:03 AM | 86 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus membuka ruang kepada kolaborasi dalam aspek penyelidikan, penerbitan, mobiliti staf dan pelajar serta pemerkasaan agenda zakat dan wakaf bersama institusi pengajian luar negara.
Perkara berkenaan terbukti setelah termeterainya penandatanganan Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Teknologi Mara (UiTM), Cawangan Johor dan Fakulti Syariah dan Undang-undang, UNISSA yang diadakan di Bilik Senat, Kampus UNISSA, Gadong.
Menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Pemangku Rektor UNISSA, Dr. Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, manakala bagi pihak UiTM pula ditandatangani oleh Rektor UiTM Cawangan Johor, Prof. Madya Dr. Saunah Zainon.
Dengan termeterainya penandatanganan MoA di antara UNISSA dan UiTM berkenaan adalah menjadi satu wadah platform ke arah perancangan-perancangan kolaborasi seterusnya yang akan dirancang demi manfaat bersama.
Selepas sahaja penandatanganan MoA, majlis diteruskan dengan mengadakan mini seminar antarabangsa Filantrofi Islam bertemakan 'Towards Sustainability of Muslim Philanthropy Fund' yang diwakili oleh empat pembentang daripada pihak UiTM dan empat pembentang daripada pihak UNISSA, dengan harapan penulisan akademik berkenaan akan dimurnikan bagi tujuan penerbitan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]