FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Skuad Kebangsaan Akur


Foto : Masri Osman, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 October 18th, 2023  |  08:24 AM  |   252 views

BERAKAS

 

Harapan skuad Negara Brunei Darussalam (NBD) untuk menebus kekalahan di tangan pasukan Indonesia tidak menjadi kenyataan apabila pasukan Garuda tersebut menunjukkan gading berbisa dengan membenam skuad negara berkesudahan 0-6.

 

Berkenan menyaksikan perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Persatuan Bola Sepak Asia (AFC) 2027 Arab Saudi, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

Turut berangkat ialah anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa' Raihaanul Bolkiah.

 

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berserta kerabat diraja di Stadium Negara Hassanal Bolkiah dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

 

Pasukan pelawat berpesta gol bermula pada awal minit ke-6 permainan menerusi tendangan Hokky Caraka Brilliant yang juga menghadiahkan gol keduanya pada minit 44.

 

Sebelum tamat separuh masa pertama, pasukan Garuda berjaya membolos gawang pasukan kebangsaan kita menerusi sepakan Egy Maulana Vikri pada minit ke-42 meskipun penjaga gol, Muhammad Haimie Nyaring cuba untuk mempertahankannya namun gagal.

 

Babak kedua pula menyaksikan pemain kebangsaan negara kita cuba untuk bermain dengan mengatur strategi namun pasukan Indonesia banyak mendominasi permainan dengan percubaan untuk mengasak kubu pertahanan pasukan kita.

 

Berikutan Witan Sulaeman dijatuhkan, pengadil memberikan pemain jersi 4 itu bagi tendangan penalti dan berjaya membolosi pada minit ke-47 bagi kutipan gol keempat pasukan pelawat.

 

Corak permainan anak buah Mario Rivera Campesino seakan mudah dibaca pasukan pelawat sehingga pemain, Rizky Ridho Ramadhani pada minit ke-63 berjaya menyumbat gol kelima mereka.

 

Pasukan Garuda tidak mahu mengalah malah terus menentang dan berjaya menambah gol keenam menerusi rembatan Ramadhan Sananta pada minit ke-82.

 

Keputusan 0-6 kekal sehingga pengadil menamatkan permainan dan kesudahan jaringan yang sama itu juga hasil perlawanan skuad bola sepak kebangsaan kita semasa menentang pasukan Garuda di Indonesia pada 12 Oktober yang lalu. Justeru, atas kemenangan kedua-dua pusingan ini memberikan agregat 0-12 kepada Indonesia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06