FacebookInstagramTwitterContact

 

NYPD Officer Fired Gun While Clearing Columbia Protest           >>           Russians Sent To Niger Airbase Occupied By US Troops           >>           Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies           >>           Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien, 'Tokoh Jasawan Negara'


Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 November 1st, 2023  |  10:12 AM  |   276 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Satu anugerah baharu diperkenalkan pada tahun ini bersempena dengan 30 tahun Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA).

 

"Beta menyambut baik dan menghargai sokongan Jawatankuasa penilai Anugerah Penghargaan Khas Jasawan Perkhidmatan Awam kerana mengetengahkan paduka ayahanda beta, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien selaku tokoh besar 'Arkitek Brunei Moden'," titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Sambutan Kemuncak Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Kali Ke-30 Tahun 2023, yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya bertitah, antara peristiwa penting dalam pemerintahan Al-Marhum ialah termaktubnya Perlembagaan Brunei dalam tahun 1959 yang membawa Brunei Darussalam berkerajaan sendiri.

 

Sesungguhnya jelas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, legasi kepimpinan Al-Marhum telah melakar pelbagai kemajuan yang dapat kita nikmati sehingga ke hari ini, khasnya bagi bidang-bidang utama, seperti ugama, pendidikan, pertahanan, pentadbiran awam dan kebajikan untuk rakyat dan penduduk.

 

Kebawah DYMM seterusnya bertitah, kedayatahanan sektor awam negara ini ternyata adalah berpaksikan iltizam dan sumbangan Al-Marhum yang berimpak besar kepada kestabilan, kemakmuran dan kemajuan seumumnya.

 

"Maka pada hari ini, Selasa, 16 Rabiulakhir 1445 Hijrah bersamaan 31 Oktober 2023 Masihi, mengambil sukut baik sempena 30 tahun sambutan kali ini, beta dengan sukacita memasyhurkan bahawa Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam adalah Tokoh Jasawan Negara.

 

"Semoga Allah Subhanahu Wata'ala merahmati roh Al-Marhum dengan menghimpunkan baginda ke dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh," titah baginda lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06