FacebookInstagramTwitterContact

 

Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>           RB Corporate Hari Raya Celebration           >>           Hari Raya Celebration           >>           Retirement Certificate Presentation Ceremony           >>           Survival Gardening: The Best Crops To Grow For Self-Sufficiency           >>           Latest EWG Consumer’s Guide Reveals 2024’s DIRTY DOZEN And CLEAN FIFTEEN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Majlis Santap Negara Sempena Lawatan Negara Presiden Republik Demokratik Timor-Leste


Foto : Masri Osman, Hamzah Mohidin, Mohd Zul-Izzi Haji Duraman

 


 November 7th, 2023  |  09:21 AM  |   78 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Santap Negara bagi meraikan Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Dr. José Ramos-Horta, serta rombongan yang mengadakan Lawatan Negara selama empat hari ke negara ini.

 

Berangkat sama ke Majlis Santap Negara tersebut ialah paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan ahli-ahli kerabat Diraja yang lain.

 

Juga hadir semasa Majlis Santap Negara tersebut ialah rombongan Republik Demokratik Timor-Leste.

 

Majlis Santap Negara dimulakan dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya berkenan mengurniakan titah.

 

Ini diikuti dengan sembah ucapan balas daripada Tuan Yang Terutama Presiden Republik Demokratik Timor-Leste.

 

Dalam ucapan balasnya, Tuan Yang Terutama antara lain menyatakan bahawa Negara Brunei Darussalam adalah antara negara pertama yang menjalinkan hubungan diplomatik bersama Timor-Leste semasa hari kemerdekaan negara tersebut pada Mei 2002.

 

Bahkan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia tambahnya, terus konsisten menyokong pembinaan institusi kebangsaan dan usaha Timor-Leste untuk menyertai ASEAN.

 

Bukan itu sahaja, TYT juga menyatakan, melihat Brunei begitu banyak mencapai kemajuan dalam tempoh 20 tahun dalam pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi, termasuk pembinaan Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien yang ikonik dan terpanjang di Asia Tenggara.

 

TYT seterusnya menyatakan, hubungan kerjasama yang erat antara kedua-dua negara, malah, Timor-Leste banyak belajar daripada pengalaman Brunei dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang Kesihatan, Pendidikan, Tenaga dan Alam Sekitar.

 

Oleh itu, TYT berharap untuk meningkatkan lagi kerjasama dua hala dengan mobiliti buruh yang disaksikan semasa majlis penandatanganan hari ini, dan dalam bidang lain termasuk Perdagangan, Pelancongan dan Pelaburan.

 

Majlis Santap Negara tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06