Home > Breaking News
DPMM Berkenan Menerima Mengadap
Foto : Masri Osman
November 9th, 2023 | 10:06 AM | 62 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Kedua Perdagangan dan Perindustrian, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tan See Leng.
Semasa Majlis Mengadap yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan tersebut, Duli Yang Teramat Mulia dan Tuan Yang Terutama telah menekankan kepentingan hubungan erat di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura dan seterusnya membincangkan mengenai peningkatan kerjasama dua hala di antara kedua-dua buah negara, termasuk dalam bidang ekonomi, pelaburan, perdagangan serta pembangunan kapasiti.
Turut hadir semasa Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos dan Timbalan Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Industri) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Awang Mohammad Harris bin Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]