FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Istiadat Berbedak Serikan Mempelai Diraja


Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Masri Osman, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Mohd. Sahrizal Haji Said, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman, Awang Hasif Haji Mat Zain, Mohammad Hanif A. Halit

 


 January 11th, 2024  |  09:17 AM  |   169 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Keindahan Istiadat Diraja yang telah diwarisi sejak turun-temurun dipamerkan pada Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja di antara Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Dayang Anisha Rosnah binti Adam, yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja.

 

Pada majlis istiadat berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menculiki Bedak Diraja kepada paduka anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Dayang Anisha Rosnah, yang diadakan secara berasingan di tempat yang sama.

 

Berangkat dan seterusnya menculiki Bedak Diraja pada istiadat itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

 

Diikuti dengan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah.

 

Seterusnya diikuti dengan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah bersama Yang Mulia Datin Paduka Seri Hajah Mariam binti Haji Abd. Aziz.

 

Juga menculiki Bedak Diraja ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

 

Istiadat menculiki Bedak Diraja juga termasuk ayahanda dan bonda Pengantin Diraja Perempuan, Yang Mulia Awang Adam bin Abdullah dan Yang Mulia Dayang Siti Mariam binti Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim.

 

Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan kerabat-kerabat diraja yang lain.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Awang Mohd. Yusof menjunjung anugeraha untuk menyembahkan kepada Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar bahawa Majlis Istiadat Menjunjung Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen telah siap sedia.

 

Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris kemudian menyembahkan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya menitahkan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz; Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim; Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew; Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit dan Yang Amat Mulia Pengiran Indera Negara Pengiran Anak Haji Puteh untuk menjunjung Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen berangkat ke Balai Singgahsana Indera Buana.

 

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen diapit oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dengan didahului 40 Sinipit yang dibawa oleh Awang-Awang, diikuti oleh Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz; Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim; Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew; Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit; Yang Amat Mulia Pengiran Indera Negara Pengiran Anak Haji Puteh, dan Yang Mulia Juru Bini Dayang Hajah Rokiah berserta dua orang Hulubalang, Hulubalang Diraja membawa Pemuras dan Karga, dan Hulubalang Asgar membawa Kelasak dan Kampilan; sebatang Dian Tunggal dibawa oleh Awang-awang, dengan diiringi oleh Yang Dimuliakan Pehin Penyurat Awang Maidin dan Yang Dimuliakan Pehin Penyurat Haji Awang Osman serta diikuti oleh Perhiasan Empat Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen yang dibawa oleh empat orang Pembawa Perhiasan Empat, seorang membawa Payung, seorang membawa Pedang dan Perisai, seorang membawa Tumbak Bendarangan dan seorang membawa Kaskol, 7 orang Pahawai Lelaki yang memegang satu Puan, satu Tarian, satu Kabok dan Panastan, satu Kiap, satu Chupu, satu Pasigupan dan satu Kaskol dan Dian 16 yang dibawa oleh 16 Awang-Awang serta Alat-Alat Kebesaran Diraja terdiri daripada 16 Pedang dan Perisai, 16 Tumbak Bendarangan dan lapan Kabok; dan Panastan yang dibawa oleh Awang-awang.

 

Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja dimulakan dengan alunan Dikir Syarafil Anam (Dikir Marhaban).

 

Sebaik sahaja Dikir dilaungkan 'Ya Habibi', Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri menculiki Bedak Diraja ke atas kedua-dua tapak tangan paduka anakanda baginda yang diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 17 das sebagai tanda bermulanya Istiadat Berbedak Pengantin Diraja.

 

Istiadat Menculiki Bedak Diraja diikuti oleh kerabat diraja termasuk ayahanda dan bonda Pengantin Diraja Perempuan.

 

Setelah selesai Istiadat Berbedak Pengantin Diraja bagi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja diteruskan bagi Pengantin Diraja Perempuan, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah.

 

Ketibaan Pengantin Diraja Perempuan ke majlis berkenaan diapit oleh Isteri Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin dan Isteri Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit dengan diiringi oleh Isteri Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi; Isteri Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham; Isteri Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew; Isteri Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz; Isteri Yang Amat Mulia Pengiran Indera Negara Pengiran Anak Haji Puteh dan Isteri Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Wahab dan Yang Dimuliakan Pehin Jawatan Bini Datin Paduka Dayang Hajah Siti, diikuti oleh tujuh orang Pahawai Perempuan yang memegang satu Puan, satu Tarian, satu Kabok dan Panastan, satu Kiap, satu Chupu, satu Pasigupan dan satu Kaskol dan Dian 16 dibawa oleh 16 Dayang-dayang.

 

Istiadat Berbedak Pengantin Diraja didahului dengan Dikir Syarafil Anam (Dikir Marhaban), dengan Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri menculiki Bedak Diraja kepada Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah.

 

Istiadat Menculiki Bedak Diraja disusuli oleh kerabat diraja dan kemudian diikuti oleh ayahanda dan bonda Pengantin Diraja Perempuan.

 

Istiadat berkenaan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan.

 

Orang ramai khususnya rakyat dan penduduk di negara ini berpeluang menyaksikan Istiadat Berbedak Pengantin Diraja yang gemilang ini secara langsung menerusi siaran televisyen dan radio.

 

Rakyat dan penduduk di negara ini turut berkongsi kegembiraan dan merafakkan doa agar pasangan mempelai Pengantin Diraja selamat sejahtera dan memperoleh kebahagiaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad, Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06